Pernah tak korang ketika memandu berseorangan diwaktu malam terasa seram sejuk je?
Sebuah video berdurasi 38 saat tular di media sosial hari ini apabila berjaya dirakamkan kehadiran imej tiga entiti berpakaian putih yang sedang berjalan di dalam gelap.
Video yang dirakam menggunakan ‘dashcam’ itu dipercayai berlaku di sebuah jalan dekat Gua Musang, Kelantan dan direkodkan sekitar jam 5.26 pagi berdasarkan maklumat pada kamera tersebut.
Menerusi video dikongsi pemilik Twitter @mrcreepyposta itu, kehadiran entiti yang memakai pakaian serba putih itu dipanggil sebagai tiga beranak di Gua Musang. Katanya, tiga beranak ini tersohor di seluruh tanah jajahan Kelantan.
Tambahnya, daripada komen orang ramai, di situ memang ada entiti tiga beranak sekitar Gua Sejuk sejak dahulu lagi. Pemilik akaun itu turut meminta orang ramai untuk membuat keputusan sendiri sama ada paparan entiti itu adalah benar atau sekadar penipuan sahaja.
BACA: Bawa Honda Tapi Tak Mampu Bayar Tol Ke? Memalukan Sungguh!
