Hi, what are you looking for?

Mamak News

Misteri kematian Bruce Lee terungkai


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

LONDON: Sekumpulan doktor mendakwa aktor Hong Kong, mendiang Bruce Lee mungkin meninggal dunia akibat minum terlalu banyak air.

Pakar penyelidik membuat dakwaan demikian kira-kira 50 tahun selepas legenda seni mempertahankan diri itu meninggal dunia.

Lapor Daily Mail, bintang Hollywood itu meninggal dunia pada usia 32 tahun pada 20 Julai 1973 ketika berada di Hong Kong.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Laporan bedah siasat pada ketika itu menunjukkan Bruce meninggal dunia akibat bengkak otak yang berpunca daripada pengambilan ubat tahan sakit.

Berita kematian Bruce mencetuskan khabar angin kononnya beliau mungkin dibunuh oleh samseng Cina, diracun oleh kekasih yang cemburu atau menjadi mangsa sumpahan.

Malah, tular teori lain pelakon itu meninggal dunia akibat strok haba.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kini, para penyelidik mengkaji bukti dan memutuskan bahawa Bruce sebenarnya mungkin meninggal dunia akibat hiponatremia.

“Dalam erti kata lain, kami mencadangkan ketidakupayaan buah pinggang untuk mengeluarkan lebihan air menjadi punca kematian Bruce,” jelas kumpulan penyelidik itu dalam Clinical Kidney Journal.  

Hiponatremia adalah gangguan elektrolit ketika kadar natrium dalam darah lebih rendah daripada sepatutnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketidakseimbangan boleh menyebabkan sel dalam badan membengkak termasuk bahagian otak.

Kajian itu mendakwa Bruce mempunyai pelbagai faktor risiko untuk menghidap hiponatremia termasuk meminum cecair berlebihan dengan menggunakan kanabis serta faktor lain mengurangkan keupayaan fungsi buah pinggang seperti pengambilan ubat preskripsi dan alkohol.   

Sebelum ini, isteri mendiang, Linda pernah mendedahkan bagaimana Bruce mengamalkan diet berasaskan cecair iaitu jus epal dan lobak merah sebelum kematiannya.  

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bruce yang dikenali sebagai Master of kungfu dilahirkan di San Francisco, Amerika Syarikat, tetapi dibesarkan di Kowloon, Hong Kong.

Beliau didedahkan ke layar perak sejak kecil oleh bapanya yang juga bintang opera kantonis terkenal.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SUNGAI SIPUT – Empat beranak nyaris maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung sedalam 30 meter...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JAKARTA: Seorang pekerja kurier J&T Express dilaporkan membawa lari duit syarikat itu sebanyak 531 juta rupiah (RM151,583). Selepas...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BANGKOK, 27 Nov (Bernama) — Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru dilantik tepat pada masanya kerana...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Ahad hujung minggu kebiasaannya masa di rumah bersama keluarga, namun lain pula dengan Perdana Menteri,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications