Tular di media sosial skirt melambangkan dua kalimah syahadah
Model Pakai Mini Skirt, Reka Bentuk Dua Kalimah Syahadah. Baru-baru ini, berita Middle East Eye melaporkan bahawa jenama pakaian Mowalola dikecam netizen kerana mempamerkan bendera Arab Saudi daripada koleksinya, malah berjanji akan menarik balik skirt pendek itu.
Menurut sumber, skirt pendek itu diperecayai telah dipakai oleh seorang model wanita pada Pertunjukan Fesyen Musim Panas (SS24) di London, semalam.
Ramai mengecam kerana membenarkan model pakai skirt tersebut
Dalam pada itu, orang ramai di media sosial mengecam reka bentuk skirt tersebut kerana meletakkan dua kalimah syahadah dalam Bahasa Arab, seolah-olah tidak menghormati agama Islam.
Difahamkan, segelintir model turut memakai skirt pendek yang menampilkan bendera-bendera negara lain pada pertunjukan fesyen itu, namun ramai yang menyatakan bahawa bendera Arab Saudi tidak sepatutnya digunakan kerana mengandungi ayat suci.
Bukan mahu pertahankan negara Arab Saudi, tapi ayat suci tidak boleh dipermainkan seperti itu
Bagaimanapun, seorang netizen berkata, isu tentang skirt mini itu bukan untuk mempertahankan negara Arab Saudi tetapi ayat tersebut suci kepada berbilion-bilion umat Islam.
Kemudian, susulan pertunjukan skirt mini tersebut, pereka fesyen itu meminta maaf menerusi aplikasi X dan berjanji menarik semula skirt itu daripada koleksinya.
Baca juga artikel yang berkaitan:
Artikel asal oleh: iloveborneo.my
RM13.01
