Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

Mohamed Salah bakal temui sentuhan sebenar


SAINGAN Fantasy Premier League (FPL) kini sudah memasuki minggu kesembilan dan semua pengurus dijangka melakukan beberapa pertukaran berdasarkan keputusan perlawanan sebelum ini.

10 perlawanan bakal berlangsung pada saingan minggu ini, sudah pasti ada beberapa pertemuan yang dilihat mampu menjadi lubuk buat setiap pengurus FPL mengutip mata maksimum.

Kosmo! berkongsi beberapa tips kali ini berhubung pemilihan pemain bagi membantu para pengurus FPL melakukan pertaruhan terbaik dalam usaha memburu mata maksimum pada saingan minggu ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KAPTEN
Pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah dijangka kembali menemui sentuhan pada perlawanan minggu ini menentang Brighton selepas agak sepi dalam aksi terakhir menentang Everton awal bulan lalu. Pemain antarabangsa Mesir itu pasti tidak berpuas hati apabila hanya menjaringkan dua gol serta melakukan tiga umpanan setakat ini.

PENJAGA GOL
Alisson terus diberikan kepercayaan untuk berada di pintu gol pasukan FPL minggu ini selepas memastikan gawang tidak dibolosi ketika bertemu Everton dalam aksi terdahulu. Selain itu, rekod penjaga gol Liverpool itu dalam saingan Liga Perdana dilihat cukup baik.

PERTAHANAN
Bek kanan Chelsea, Reece James kembali berada dalam kesebelasan utama selepas menampilkan aksi cukup baik ketika menjalani tugasan antarabangsa bersama England minggu lalu. Selain itu, dia juga sentiasa memiliki peratusan tinggi untuk melakukan jaringan serta bantuan gol.

Advertisement. Scroll to continue reading.

TENGAH
Bernardo Silva dijangka mampu melakukan perbezaan buat Manchester City apabila melayan kunjungan musuh setempat, Manchester United di Stadium Etihad hujung minggu ini. Kreativiti yang dimiliki pemain Portugal itu dianggap sebagai senjata penting bagi meruntuhkan benteng pertahanan United.

PENYERANG
Memandangkan beberapa pasukan besar bertemu sesama sendiri pada perlawanan minggu ini, Ivan Toney dilihat sebagai calon paling sesuai untuk mencuri tumpuan apabila Brentford berkunjung ke Stadium Vitality menentang Bournemouth. Toney sudah meledak lima gol pada musim ini.

| Kampungmamakcom

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

EPL
JADUAL PERLAWANAN

SABTU
Arsenal lwn Tottenham
Siaran langsung Astro 813, 7.30 malam

Bournemouth lwn Brentford
Siaran langsung Astro Go, 10 malam

Advertisement. Scroll to continue reading.

C. Palace lwn Chelsea
Siaran langsung Astro 813, 10 malam

Fulham lwn Newcastle
Siaran langsung Astro 812, 10 malam

Liverpool lwn Brighton
Siaran langsung Astro 811, 10 malam

Advertisement. Scroll to continue reading.

Southampton lwn Everton
Siaran langsung Astro Go, 10 malam

AHAD
West Ham lwn Wolves
Siaran langsung Astro 811, 12.30 pagi

Man. City lwn Man. United
Siaran langsung Astro 813, 9 malam

Advertisement. Scroll to continue reading.

Leeds vs Aston Villa
Siaran langsung Astro 811, 11.30 malam

SELASA
Leicester lwn Nottingham
Siaran langsung Astro 813, 3 pagi

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

SENARAI PENJARING

11 GOL
ERLING HAALAND (MAN. CITY)

6 GOL
HARRY KANE (TOTTENHAM)
ALEKSANDAR MITROVIC (FULHAM)

Advertisement. Scroll to continue reading.

5 GOL
IVAN TONEY (BRENTFORD)

4 GOL
GABRIEL JESUS (ARSENAL)
ALEXIS MAC ALLISTER (BRIGHTON)
RODRIGO (LEEDS)
WILFRIED ZAHA (C. PALACE)

3 GOL
ROBERTO FIRMINO (LIVERPOOL)
LUIS DIAZ (LIVERPOOL)
PASCAL GROSS (BRIGHTON)
JAMES MADDISON (LEICESTER)
GABRIEL MARTINELLI (ARSENAL)
MARCUS RASHFORD (MAN. UNITED)
SON HEUNG-MIN (TOTTENHAM)
RAHEEM STERLING (CHELSEA)
MARTIN ODEGAARD (ARSENAL)

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement