Hi, what are you looking for?

Sukan

Mora mahu serlahkan DNA Harimau Selatan


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PENGENDALI Johor Darul Takzim (JDT), Benjamin Mora tidak akan mengubah cara mereka bermain setelah pasukan lawan yang dihadapi mereka hanya mahu berkampung di kawasan sendiri dan cuma mencari keputusan seri.

Bagaimanapun, Mora memberitahu, mereka perlu berbuat sesuatu sekiranya apa yang dilalui ketika menentang Penang FC akan berulang dan mencari solusi terbaik bagi meneruskan rentak kemenangan.

Katanya, beliau akan pastikan rentak JDT tidak sumbang apabila menentang Sarawak United dan memastikan skuad Harimau Selatan mendominasi perlawanan dari awal hingga wisel penamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pihak lawan lebih mengutamakan untuk mengecewakan JDT (daripada menang) berban­ding memberikan aksi terbaik mereka. Ini yang kami risau akan dilakukan setiap pasukan ketika beraksi di sini.

“Saya tidak berniat untuk mengkritik sesiapa tetapi kami inginkan permainan dengan corak yang lebih terbuka, sekiranya lawan mampu beraksi lebih baik untuk mengikat atau menewaskan kami, kami akan terima keputusan itu dengan tangan terbuka.

“Jadi, kami tidak akan me­ngubah cara kami dengan memberi aksi terbaik bagi menghiburkan penonton kerana ini adalah cara JDT, DNA JDT. Kami bermain seperti ini dari awal, jadi saya tidak akan ubah cara JDT ini,” katanya kepada pemberita semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jumaat lalu, JDT dipaksa be­kerja keras bagi mencari ruang bagi menembusi benteng skuad Harimau Kumbang yang menggunakan taktik ‘meletakkan bas’ dan hanya mampu menang tipis 1-0 menerusi jaringan Bergson Da Silva.

Dalam pada itu, Mora memberitahu, mereka perlu menganalisa permainan Sarawak Uni­ted untuk mencari idea yang tepat untuk mengatur strategi menentang mereka malam ini.

Walaupun mereka tewas 0-1 kepada Kedah Darul Aman FC, Mora berkata, JDT tetap kena waspada dengan pasukan L yang pasti mahu bangkit untuk memburu kemenangan pertama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Untuk perlawanan itu nanti, kami akan cuba untuk menguasai perlawanan bagi memboleh­kan kami beraksi dengan lebih selesa dan mampu memberikan persembahan yang lebih baik.

“Tentunya kami berharap mereka turut bermain dengan cara yang sama dan tidak hanya bertahan, barulah dapat menjanjikan aksi terbaik untuk disajikan kepada penonton,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LONDON – Penyerang buruan Manchester United, Sasa Kalajdzic dilaporkan teruja dan berminat untuk berhijrah ke Old Trafford biarpun...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Kehadiran pasangan serasi popular, Anna Jobling dan Meerqeen ke Indonesia hari ini mencetuskan ‘kekecohan’ dan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat serta ribut petir dijangka melanda lima negeri menjelang...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SINGAPURA: Republik ini menjadi destinasi pilihan bagi rakyat Malaysia mencari kerja disebabkan tawaran gaji yang lebih lumayan, selain...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications