Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Mourinho ‘makan untung’ duit pampasan


ROM – Biarpun Jose Mourinho dipecat AS Roma, tetapi saham jurulatih yang diberi gelaran The Special One itu tetap tinggi dan dijangka tidak menunggu lama untuk menemui kelab baharu selepas ini.

Pemecatan Mourinho, 60, membuatkan beberapa jurulatih tidak senang duduk antaranya pengurus Newcastle United, Eddie Howe yang dikatakan berpotensi digantikan oleh pengendali dari Portugal itu.

Ia susulan prestasi mengecewakan The Magpies tewas tujuh daripada 11 perlawanan ter­akhir yang menyaksikan mereka jatuh ke tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris (EPL) selain turut ter­singkir dalam kempen Liga Juara-Juara musim ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jika Mourinho dilantik, ia bakal menjadi kelab EPL yang keempat buat pengendali ber­usia 60 tahun itu selepas Chelsea (2004-2007, 2013-2015), Manchester United (2016-2018) dan Tottenham Hotspur dari 2019 hingga 2021.

Bukan itu sahaja, ­Mouri­­n­ho juga pernah meraih nilai pampasan sekitar £80 juta (RM474.76 juta) selepas lima kali dipecat dalam karier kejurulatihannya dengan Chelsea sahaja membayarnya sebanyak £26 juta (RM154.30 juta).

Chelsea pernah dua kali memecatnya pada 2007 dan 2015 sebelum Real Madrid pula membayarnya £17 juta (R100.89 juta), United £20 juta (RM118.69 juta) dan Spurs berjumlah £15 juta (RM89.02 juta).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, pemeca­tan kali keenam ini menyaksikan Mourinho cuma meraih pampasan berjumlah £3 juta (RM17.80) daripada Roma memandangkan kontraknya akan berakhir pada Jun depan.

Selain Spurs, Mourinho tidak pernah gagal meng­hadiahkan kejuaraan buat kelab-kelab yang dikendalikannya dengan Roma memenangi trofi Liga Konferens Europa dua musim lalu. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement