Hi, what are you looking for?

Mamak News

MT UMNO Putuskan Sokong Kerajaan Perpaduan Bukan Diterajui PN


MT UMNO putuskan sokong kerajaan perpaduan bukan diterajui PN

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) — UMNO menyokong untuk menyertai Kerajaan Perpaduan seperti yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, namun bukan yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataannya berkata ia diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“MT sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong supaya  Barisan Nasional mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan …bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat lebih tiga jam di Menara Dato Onn di sini malam tadi.

Katanya namun kerajaan itu bukanlah yang diterajui oleh PN.

Beliau berkata MT juga bersetuju semua wakil-wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 mematuhi dan menerima sebarang bentuk Kerajaan Perpaduan atau lain-lain bentuk kerajaan yang bakal dimasyhurkan oleh Seri Paduka Baginda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Ahmad,  mesyuarat MT  UMNO turut memperkukuhkan sokongan terhadap Ahmad Zahid untuk terus kekal menerajui sebagai Pengerusi BN dan sebulat suara menyokong beliau sebagai Presiden UMNO.

MT telah mengambil maklum dan memperhalusi segala butiran kedua-dua perbincangan yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Perundingan BN dengan Pakatan Harapan (PH) dan PN, katanya.

Beliau turut memaklumkan Perhimpunan Agung UMNO  2022 akan diadakan dari 21 hingga 24 Dis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada PRU15 baru-baru ini BN hanya memenangi 30 kerusi Parlimen, pencapaian terburuk dalam sejarah, manakala PH menang 82 kerusi, Perikatan Nasional (73), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Parti Warisan (tiga), Bebas (dua) serta Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu kerusi.

Keputusan PRU15 menyaksikan tidak ada parti mahupun blok parti politik yang berjaya mendapat majoriti sekali gus menyebabkan Parlimen tergantung.

Majlis Raja-Raja akan bermesyuarat hari ini bagi membincangkan pembentukan kerajaan baharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

— BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Keadaan hujan renyai mengiringi paluan berundur Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim...

Mamak News

0 Murid 11 Tahun Maut Ditimpa Palang Gol Ketika Aktiviti Kurikulum BINTULU, 29 Sept (Bernama) — Seorang murid berusia 11 tahun meninggal dunia selepas...

Mamak News

0 MELAKA – Suasana di Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2023 (KUAM 2023) dekat sini bertukar ‘panas’ apabila rata-rata pengunjung berasa tidak berpuas hati terpaksa...

Lifestyle

0 Boleh menyebabkan penyalahgunaan data peribadi pengguna. Ambil Langkah Drastik, Ini Sebab TikT Shop Kini Diharamkan Di Indonesia. Indonesia baru-baru ini telah mengambil langkah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications