Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Muat naik video ‘undang’ tomahan, pemilik akaun Tiktok ‘kecut’ padamkan semula hantaran


JEMPOL – Tindakan seorang pemilik akaun media sosial Tiktok memuat naik video yang boleh mengundang tomahan terhadap polis akhirnya menimbulkan rasa gentarnya apabila video berkenaan segera dipadam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, polis hari ini telah mengesan satu video berdurasi satu minit lapan saat dimuat naik oleh pemilik akaun Tiktok Chaiyoe9 memaparkan tindakan orang awam memeriksa kad pengenalan polis.

Menurut beliau, video yang dikesan pada pukul 1 tengah hari berkenaan telah mendapat 7,069 tanda suka, 116 komen dan 37 perkongsian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Siasatan lanjut mendapati video asal tersebut telah dimuat naik oleh pemilik akaun Tiktok Shamila01, namun telah dipadamkan.

“Hasil dari semakan mengesahkan motosikal Honda 250 bernombor pendaftaran WC5928 F digunakan oleh Unit Ronda Bermotosikal Balai Polis Bahau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chang Hook menegaskan di bawah Seksyen 24(1)(a) Akta Polis 1967 dengan jelas menyatakan mana-mana pegawai polis boleh memberhentikan dan menahan mana-mana orang yang disyaki untuk pemeriksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu menurutnya, di bawah Seksyen 7(1) Akta Pendaftaran Negara 1959 menyatakan mana-mana pegawai polis menjalankan tugas diberi kuasa secara bertulis boleh memeriksa kad pengenalan mana-mana individu.

“Oleh itu saya nasihatkan agar mana-mana pihak tidak merakam video semasa pemeriksaan polis dan memuat naik ke media sosial yang boleh mendatangkan tohmahan orang awam.

Terdahulu, video yang dijadikan ‘content’ Tiktok berkenaan telah memaparkan pemeriksaan kad pengenalan polis oleh orang awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, semasa pemeriksaan oleh anggota URB terhadap empat individu di dalam sebuah kereta jenis Proton Waja, salah seorang yang diperiksa iaitu seorang perempuan telah memperlekehkan tugas polis dengan menimbulkan persoalan sama ada polis membawa kad pengenalan atau tidak. -KOSMO! ONLINE.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement