Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Mudah Dan Cepat, Lelaki Ni Tunjuk Cara Betul Siang Ikan Pari 


Menyiang ikan atau ayam kadang kala bukannya mudah dan mengambil masa yang terlalu lama sehingga boleh membantutkan proses untuk memasak.

Tambahan lagi jika ikan tersebut bersaiz besar dan sangat susah untuk dikendalikan termasuk ikan pari.

Untuk pengetahuan, ikan pari tergolong dalam kelas haiwan yang dipanggil sebagai elasmobranch, yang dicirikan oleh rangka tanpa tulang yang diperbuat daripada rawan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Badannya yang rata membolehkannya duduk di dasar lautan, sungai atau tasik dan gemar menyamar ketika di berhadapan dengan pemangsa.

Tidak cuma itu, ikan pari mempunyai ekor yang selalunya mempunyai duri bergerigi yang penuh dengan toksin.

Jika merasa terancam, ia boleh mengangkat ekornya yang berduri ke atas dan mencederakan bakal pemangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA: (Video) Tak Payah Guna Pisau, Lelaki Ni Kongsi Cara Mudah Siang Ikan Kembung

Bagaimanapun, toksin tersebut hanya membawa maut apabila durinya menembusi bahagian badan manusia yang terdedah termasuk leher, perut atau dada

Menurut Live Science, ikan itu mempunyai saiz kira-kira sekecil pinggan makan hingga setinggi 16.5 kaki termasuk ekornya.

Walaupun kesan jangka panjang teknologi luar pesisir pantai terhadap ikan pari masih belum dapat dilihat, ikan tersebut sudah pun menghadapi pelbagai ancaman lain terhadap kelangsungan hidup mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Spesies terbesar ialah pari air tawar yang diketahui mempunyai berat sehingga 590 kg.

Kebanyakan spesies ikan pari mempunyai warna kusam yang membantu penyamaran, namun ada juga yang mempunyai warna yang lebih meriah seperti pari bintik biru (Taeniur lymma).

Cara siang ikan pari

Dengan keadaan fizikalnya yang agak berbeza dari ikan yang lain, ikan pari perlulah disiang dengan cara yang betul.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru, seorang pengguna TikTok, @Khairulzuli berkongsikan cara yang betul dan mudah untuk menyiang ikan pari tersebut.

Menerusi videonya, Khairul dilihat menyiang ikan pari besar dengan sangat mudah dan pantas.

Menurutnya, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan membuang kulit ikan tersebut dan seterusnya membuang tulang belakang serta isi perut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kemudian, potong kepada dua bahagian dan siap. Mudah bukan? Nak lagi faham, mari tonton video di bawah ini.

@khairulzuli

Jom tegok pari🤣

♬ bunyi asal – khairulzuli – khairulzuli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 10.3 juta tontonan di TikTok.

Sumber: Live Science, khairulzuli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement