Mudah Je Rupanya Nak Buat, Ini Resipi Nasi Ayam Claypot Sedap Macam Kat Kedai
Siapa yang suka makan makanan dalam claypot pasti akan suka dengan hidangan nasi ayam claypot.
Rasanya sangat sedap dan lebih memikat selera apabila ayam tersebut dikukus bersama-sama dengan nasi.
Walaupun nampak seperti sukar untuk dilakukan namun sebenarnya, cara untuk menyediakannya amat mudah.
Mari ikuti resipi yang dikongsi oleh Richard (@richard_is_cooking) ini untuk dapatkan nasi ayam claypot yang sedap!
Resipi Nasi Ayam Claypot
Kredit: @richard_is_cooking/TikTok
Bahan-bahan perapan ayam:
Seketul paha ayam
Satu sudu chicken stock
Tiga hiris halia
Satu sudu tepung Jagung
Satu sudu kecil kicap pekat
Satu sudu kicap cair
Satu sudu sos tiram
Satu sudu minyak
Bahan-bahan lain:
350 gram nasi
Daun bawang
Daun ketumbar
Sosej keju
Ikan masin
BACA: Claypot Chicken Rice Viral Disahkan Tiada Sijil Halal JAKIM
Cara buat perapan ayam:
Masukkan satu sudu kicap cair, satu sudu sos tiram, satu sudu chicken stock dan satu sudu kecil kicap pekat.
Kemudian, letakkan tiga hiris halia, satu sudu tepung jagung, satu sudu minyak dan gaul.
Kredit: @richard_is_cooking/TikTok
Selepas itu, perapkan ayam tersebut sekurang-kurangnya 30 minit ke atas.
Cara nak memasak nasi ayam claypot:
Basuhkan beras dan rendam beras tersebut dengan air selama lima minit.
Buangkan air tadi dan masukkan lagi sebanyak 300ml.
Letak minyak satu sudu di sekeliling claypot.
Kredit: @richard_is_cooking/TikTok
Beras harus masak sehingga air menjadi kering, anggaran dalam lima minit dan setelah itu tutup air dapur.
Seterusnya, masukkan perapan itu di dalam nasi dan letak kicap pekat. Sekiranya nak ayam lebih hitam, kicap pekat boleh masuk lebih, mengikut kesesuaian.
Boleh tambah sosej keju, ikan masin yang telah digoreng.
Kredit: @richard_is_cooking/TikTok
Hidupkan semula api dan masak selama satu minit 30 saat. Kemudian tutup api juga selama satu minit 30 saat.
Perkara tersebut perlu diulang sebanyak tiga kali.
Langkah seterusnya hidupkan api selama satu minit 30 saat dan kali ini masukkan daun bawang serta daun ketumbar.
Tutup semula claypot tersebut dan biarkan sahaja selama enam minit dan kemudian baru hidangkan makanan itu.
Selamat mencuba!
Sumber: @richard_is_cooking/TikTok
BACA: Guna Bahan ‘Rahsia’, Wanita Ini Kongsi Resipi Ikan Goreng Air Tangan Mertua
Artikel asal oleh: Siakap Keli
RM13.01
