Hi, what are you looking for?

Mamak News

Mufti Perjelas Hukum Korek Telinga Ketika Puasa


Mufti Perjelas Hukum Korek Telinga Ketika Puasa

Walaupun bulan Ramadan telah tiba, namun untuk ‘mengurangkan’ sesuatu tabiat itu adalah perkara yang sukar oleh kerana sudah terbiasa melakukannya setiap hari.

Antara tabiat yang boleh meragui kesahihan puasa ialah membersihkan gigi di klinik pergigian sewaktu Ramadan, bersiwak selepas terbit matahari, korek telinga dan lain-lain lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seperti topik perbincangan hari ini adalah mengenai hukum mengorek telinga ketika puasa. Sekiranya dilakukan pada hari yang bukan berpuasa, sudah tentu ia tiada masalah.

Namun, sekiranya dilakukan ketika berpuasa, apakah hukumnya? Secara asasnya seseorang yang berpuasa adalah dilarang untuk memasukkan benda ke dalam rongga terbuka.

Bagi penjelasan lanjut, sila ikuti perkongsian daripada Pejabat Mufti Wilayah berkenaan topik ini. Semoga bermanfaat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Batal Atau Tak Kunyah Gula-Gula Getah Ketika Berpuasa? Ini Jawapan Mufti

IRSYAD FATWA EDISI KHAS RAMADHAN SIRI KE 215: HUKUM MENGOREK TELINGA KETIKA PUASA

Kredit: Mufti WP
Soalan

Assalamualaikum Datuk Mufti, saya ada soalan, bolehkah kita mengorek telinga ketika puasa? Mohon pencerahan Datuk Mufti. Terima kasih.

Ringkasan Jawapan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hukum korek telinga pada siang hari di bulan Ramadan adalah membatalkan puasa jika melepasi had tengkorak kepala, iaitu alat pengorek masuk ke dalam kawasan lubang telinga.

Huraian Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda dan mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke Hari Akhirat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada dasarnya, menjelang tibanya bulan Ramadan, setiap individu Muslim yang mukalaf diwajibkan untuk berpuasa dan menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa dari waktu terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari, dan antara perkara tersebut adalah memasukkan sesuatu secara sengaja ke dalam rongga melalui saluran terbuka seperti mulut, telinga, hidung dan saluran qubul dan dubur bagi lelaki dan perempuan.

Berdasarkan kepada penyataan di atas, maka jelaslah bahawa telinga merupakan salah satu saluran yang terbuka. Al-Imam al-Syirbini menyebut bahawa menitiskan sesuatu ke bahagian dalam (lubang) telinga, sekalipun tidak sampai ke otak adalah membatalkan puasa menurut pandangan yang kuat.

Al-Imam al-Damiri turut menyatakan perkara yang sama bahawa perbuatan menitiskan sesuatu ke bahagian dalam telinga adalah membatalkan puasa sekalipun titisan itu tidak sampai ke otak, bahkan ia melebihi had tengkorak kepala.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berkenaan perbuatan mengorek telinga, adakah ia membatalkan puasa bergantung sejauh manakah had yang dibolehkan untuk sesuatu sampai ke dalam telinga ketika puasa.

Berdasarkan kepada penyataan Imam al-Damiri di atas, bahawa puasa terbatal sekiranya titisan di telinga melebihi tengkorak kepala, iaitu masuk ke dalam lubang telinga. Sebagaimana maklum juga bahawa perbuatan mengorek telinga menggunakan hujung jari kebiasaannya tidaklah sampai ke kawasan tersebut, namun sekiranya menggunakan pengorek telinga jenis besi dan sebagainya, ia mampu melangkaui kawasan had tengkorak kepala.

Oleh yang demikian, boleh dikatakan bahawa had batin bagi kawasan telinga adalah melepasi tengkorak kepala. Sehubungan dengan itu, kami menyatakan bahawa mengorek telinga adalah tidak membatalkan puasa jika ia tidak melebihi kawasan tengkorak kepala.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wallahua’lam.

Sumber: Mufti WP

BACA: Tempat ‘Favourite’ Mak-mak Beli Perabot, CEO Jawab Kenapa Jenama Terkenal Courts Mammoth Tukar Nama Jadi COURTS Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tengah-Tengah Malam Naik Notifikasi “Suspicious Person” Berdekatan Kereta, Rupanya… Seperti yang diketahui waktu malam sememangnya membuatkan bulu roma sesiapa sahaja berdiri kerana persekitaran...

Sukan

0 PETALING JAYA – Penyerang antarabangsa Colombia, Radamel Falcao dilaporkan sudah berada di Johor Bahru sekali gus menguatkan lagi spekulasi bakal bermain dalam kancah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Penyanyi Iman Troye menghadiahkan wang tunai RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa sahaja mata pelajaran bagi keputusan Sijil...

Mamak News

0 KUALA NERUS – Seorang mekanik maut setelah kereta Perodua Kancil dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah jengkaut di Kampung Buluh Gading di sini, hari...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications