Hi, what are you looking for?

Mamak News

Muhammad Azeem Tamatkan Aksi NCCA Di Tempat Ke-11


Muhammad Azeem Tamatkan Aksi NCCA Di Tempat Ke-11

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) — Pelari pecut sensasi negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi menamatkan acara 100 meter (m) di kedudukan ke-11 pada saingan suku akhir divisyen satu Kejohanan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Jacksonville, Florida, pagi tadi waktu Malaysia.

Menurut laman sesawang kejohanan, https://flashresults.ncaa.com/Outdoor/2023/FirstRounds/East/001-2.pdf, Muhammad Azeem yang mewakili Universiti Auburn menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.04 saat (s) pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Hodges.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Catatan itu lebih pentas daripada rekod kebangsaan miliknya iaitu 10.09s yang dibuat pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali pada Ogos lepas, namun ia tidak diiktiraf kerana bantuan angin sebanyak +5.5 meter per saat (m/s) berbanding maksimum +2.0m/s yang dibenarkan untuk diterima sebagai rekod baharu kebangsaan.

Difahamkan, atlet berusia 19 tahun dari Ipoh, Perak itu terpaksa berlari dalam keadaan menahan sakit berikutan kecederaan pangkal paha kanannya.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang penyanyi cacat penglihatan dari Indonesia menerima kejutan besar apabila berjaya meraih Golden Buzzer dalam rancangan America’s Got Talent (AGT), baru-baru ini....

Mamak News

0 SPM: Berkat Doa Guru, Ibu Bapa Raih 11A+, 1A SUNGAI PETANI, 8 Jun (Bernama) — Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 negeri...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew bantu ibu tunggal bertatu di sekitar Jakarta, Indonesia berikutan wanita berkenaan terpaksa menyara anaknya yang...

Sukan

0 MADRID – Penyerang antarabangsa Perancis, Karim Benzema akhirnya sah menyertai kelab juara Liga Arab Saudi, Al Ittihad selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications