Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Mukbang Boleh Mendatangkan Bahaya Dan Memudaratkan – Doktor


Mukbang atau dikenali juga sebagai rancangan makan adalah video penstriman secara langsung atau konten di media sosial yang biasanya melibatkan hosnya sedang menikmati pelbagai kuantiti makanan sambil berinteraksi dengan penonton.

Ianya telah menjadi popular di Korea Selatan sejak tahun 2010 lagi dan akhirnya trend ini merebak dan mendapat sambutan di seluruh dunia.

Di Malaysia juga mukbang didapati amat popular dan menjadi ikutan pempengaruh dan selebriti di media sosial serta sering menjadi kegilaan golongan remaja serta kanak-kanak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebooknya, terdapat banyak unsur negatif dan keburukan yang sebenarnya perlu diberi perhatian oleh peminat mukbang.

Berikut adalah hantaran yang dibuat oleh Dr. Kamarul mengenai bahaya dan kemudaratan yang boleh berlaku disebabkan amalan mukbang:

| Kampungmamakcom Mukbang

Mukbang ni boleh jadi bahaya. Di klinik, saya dah banyak lihat kes gastritis, gastroesofageal reflux, bulimia, dan sebagainya akibat terpengaruh dengan mukbang yang ditonton di media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ada konten mukbang yang memberi pengaruh tak elok pada kesihatan, jadi berjaga-jagalah, jangan mudah terpengaruh trend yang dipaparkan.

Konten mukbang akan jadi mudarat pada pembina konten dan penonton apabila ia mengandungi unsur-unsur berikut:

■ porsi terlalu besar

Advertisement. Scroll to continue reading.

■ pedas/manis ekstrem

■ makanan tidak sihat

■ makanan terlarang

Advertisement. Scroll to continue reading.

■ cara makan berbahaya

■ tiada adab makan

■ tidak menghormati makanan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa yang dipamerkan dalam mukbang boleh mempengaruhi amalan pemakanan orang ramai, dan boleh menjejaskan kesihatan fizikal, mental dan sosial mereka.

Ya, boleh jejas masalah mental juga.

Antara masalah mental yang boleh berlaku ekoran amalan pemakanan adalah: binge eating disorder, bulimia(binge eating + induce vomiting), pica(makan benda bukan makanan), dan sebagainya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tinjauan Kesihatan dan Morbitidi Kebangsaan 2017 mendapati trend makanan di media sosial (37.9%) dan TV (36.7%) mempengaruhi corak pemakanan remaja (10-17 tahun)”

Oleh itu, memastikan konten pemakanan di media sosial tidak memudaratkan kesihatan, adalah amat penting untuk generasi masa hadapan.

Manusia makan bukan sahaja untuk hidup, malah ia juga cara untuk berhibur dan bersosial. Sebab itu konten mukbang popular di medsos.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tidak salah nak buat atau tonton konten mukbang, tapi biarlah yang ada adab dan batas, agar tak mendatangkan mudarat.

Semoga bermanfaat!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Advertisement. Scroll to continue reading.

#notakesihatandrkamarul
#kesihatandanperubatan

BACA: Ibu Bapa Dikecam Perguna Anak Usia Tiga Tahun Buat Video Mukbang Demi Duit

Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Khabar duka buat kem badminton negara apabila dua jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong disahkan...

Sukan

0 PETALING JAYA – Dua pemain skuad kebangsaan Bahrain, Moses Atede dan Abdulla Yusuf Helal dijangka mampu jadi duri dalam daging buat skuad Harimau...

Hiburan

3s BERCUTI di Jepun tidak menghalang selebriti sensasi, Fatiya Latiff untuk terus ‘melekat’ dalam laman sosial dan berkongsi bermacam onar sehingga terus menarik perhatian...

Sukan

0 YAMOUSSOUKRO, Ivory Coast – Senegal memulakan misi mempertahankan gelaran pada Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023 dengan langkah kanan apabila me­nundukkan Gambia 3-0 pada...

Advertisement