Hi, what are you looking for?

Mamak News

“Mungkin awak pun kena periksa hati sendiri kot?” – Uyaina Arshad


KUALA LUMPUR : Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad, 30, membidas kenyataan seorang individu yang menghentam caranya mengendalikan program Wanita Hari Ini (WHI) siaran TV3 meskipun mengaku sebelum ini amat jarang melontarkan respons terhadap mana-mana komen berbaur negatif.

Menurut Uyaina, sebagai seorang artis dan selebriti, dia sedar, kritikan itu pasti sentiasa wujud namun kecaman yang dibuat oleh individu yang tidak didedahkan identitinya itu ternyata mengundang kata balas daripadanya.

“Saya jarang respons kepada komen-komen negatif atau komen yang cuba meruntuhkan semangat. Bagi saya, ‘ignorance is bliss’. Tetapi, individu ini ‘layak’ menerima perhatian umum.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya nak ucapkan terima kasih untuk ‘teguran’ yang diberikan. Di WHI, semua benda kita bincang dengan pasukan dan penerbit. Topik yang diberikan membincangkan semua aspek berkaitan dengannya, termasuklah tetamu yang hadir.

“Bukan saya memandai-mandai beri ‘negativiti’ seperti yang awak rasa. Kita tak pernah munuding jari kepada sesiapa pun. Kalau ada yang terasa, mungkin kerana siapa makan cili dia rasa pedas,” katanya.

Uyaina berkata demikian menerusi satu hantaran di Instagram bagi mengulas teguran seorang individu yang dihantar menerusi ruangan mesej di Instagram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara yang disebut ialah seperti berikut.

“WHI, sedikit teguran. Rakyat Malaysia perlukan positiviti. Bukan negativiti macam yang awak cuba bawa dalam televisyen. Saya rasa, Syira beri awak tamparan hebat di akhir program. Bersihkan hati dulu kot.

“Apa yang ada dalam hati awak itu, terlalu menyerlah dekat luaran awak. Jujurnya, awak tak menarik mengacara,”tulisnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, menerusi hantaran yang sama, Uyaina bersetuju bahawa setiap orang harus membersihkan hati terlebih dahulu lantaran bimbang terserlah sifat dalaman ke luaran.

Mengulas mengenai pengacaraannya yang dituduh tidak menarik, isteri kepada penyanyi dan pelakon Raja Syahiran ini juga mengaku menerimanya dengan hati yang terbuka.

“Tak apa pun. Saya terima dengan hati terbuka sebab saya tak pernah paksa orang untuk suka pengacaraan saya atau apa. Tak faham kenapa awak kena tulis macam ni dekat saya. Sebab nak sakitkan hati saya ke apa ke tak tahu lah mungkin kena periksa hati awak juga kot?

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Semoga Allah mempermudahkan segala urusan awak,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Pendatang Dari Australia, Penyelidik Jelaskan Fakta Menarik P Akasia Selalu nampak p ini di tepi jalan tetapi tidak tahu nama, p yang tumbuh...

Mamak News

0 Petinju Muay Thai Malaysia Tumbangkan Lawan Dalam Tempoh 36 Saat BANGKOK, 10 Dis (Bernama) — Petinju muay thai negara Johan Ghazali mendominasi lawannya dalam...

Lifestyle

0 Lagi menu sarapan ‘lejen’ di Kuching Legend Di Kuching, Mi Jawa Rabak Ini Jadi Menu ‘Breakfast’ Kegemaran Penduduk Tempatan. Hari ini, kami akan...

Mamak News

0 Anjing Sakit Gusi, Punca Kejadian Tayar Pancit Di Itali Sejak bulan Julai yang lalu, penduduk di pekan Vastogirardi, Itali mengalami masalah tayar pancit...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications