Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Musim paling getir buat karier Joan Mir


LONDON – Juara Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2020, Joan Mir mengakui saingan kali ini merupakan tahun paling getir dalam kariernya selepas bermula dengan kekecewaan selepas menyertai pasukan Repsol Honda musim lalu.

Pelumba Sepanyol itu menegaskan, dia tidak boleh mengulangi musim hambar buat kali kedua berturut-turut seperti tahun lalu apabila sekadar mengutip 26 mata ketika Francesco Bagnaia dari pasukan Ducati mencipta kemenangan dengan 467 mata.

Kejayaan meraih tempat kelima sewaktu Grand Prix (GP) India tahun lalu memberikan sedikit sinar harapan, tetapi selepas itu Mir, 26, gagal memberikan yang terbaik apabila dihimpit masalah ­kecederaan .

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sesi ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini menunjukkan peningkatan dan Honda juga dikatakan bersedia menjanjikan pakej terbaik kepada semua pelumbanya.

“Sebenarnya ini adalah tahun yang sangat penting bagi saya dan mungkin dalam karier profesional saya.

“Jika seorang pelumba me­ngalami satu musim tidak baik, maka tidak mustahil dua tahun berturut-turut akan menjadi satu lagi keputusan lebih buruk. Lega kerana tahun ini segalanya berjalan dengan lancar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pastinya saya bertekad untuk melakukan yang terbaik dan saya fikir Honda juga ketika ini dalam arah yang betul dari segi pembangunan jentera.

“Jentera 2024 benar-benar berbeza dari segi aerodinamik dan ia kelihatan lebih ke hadapan. Livery baru juga lebih agresif dan saya benar-benar optimis mahu lakukan sehabis baik,” kata Mir. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement