Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Musim panas 2023 direkodkan paling panas di bumi


LOS ANGLES: Musim panas 2023 dicatatkan sebagai yang paling panas di bumi sejak rekod dunia bermula pada 1880, umum NASA pada Khamis.

Bulan Jun, Julai dan Ogos mencatatkan rekod 0.41 darjah Fahrenheit (0.23 darjah Celsius) lebih panas berbanding musim panas lain dan 2.1 darjah Fahrenheit (1.2 Celsius) lebih panas daripada purata musim panas antara tahun 1951 dan 1980, menurut saintis di Institut Kajian Angkasa Lepas Goddard NASA di New York, lapor Xinhua.

NASA mengumpulkan rekod suhunya daripada data suhu permukaan udara yang diperoleh daripada puluhan ribu stesen meteorologi, serta data suhu permukaan laut daripada instrumen berdasarkan kapal dan boya (pelampung).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rekod baharu itu dicatatkan ketika panas luar biasa melanda sebahagian besar dunia dan kebakaran hutan di Kanada dan Hawaii memburukkan lagi keadaan, menyaksikan ramai yang terkorban.

“Suhu permukaan laut yang luar biasa, sebahagian besarnya didorong oleh kembalinya fenomena El Nino, penyebab utama kepada musim panas yang paling panas,” kata saintis iklim dan ahli oseanografi NASA di California Selatan, Josh Willis.

El Nino merupakan fenomena iklim semula jadi yang menyaksikan suhu permukaan laut lebih panas berbanding biasa dan paras laut lebih tinggi di kawasan tengah dan timur Lautan Pasifik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut NASA, musim panas yang mencatat rekod pada tahun 2023 meneruskan trend pemanasan jangka panjang.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 BUKIT MERTAJAM – Pelumba Giant Cycling Team, Deng Penghai tetap meneruskan perjuangan pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 Peringkat 4 dari...

Lifestyle

0 KKM sedia hadapi ancaman pandemik penyakit X Ancaman Penyakit X Makin Hampir, Pakar Jangka 50 Juta Kematian Dan Lebih Bahaya Daripada Covid-19. Pakar...

Mamak News

0 BATAM: Pulau Rempang di Kepulauan Riau tidak jadi dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek mega yang menyaksikan kerjasama Indonesia dengan China menerusi pembinaan...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Ternakan di negara ini dilaporkan bebas daripada penyakit Nipah di mana jangkitannya boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit selain...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications