Hi, what are you looking for?

Hiburan

Muzikal Moyang Salleh bukan batal, tapi tunda – Penerbit


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PETALING JAYA – Penerbit Muzikal Moyang Salleh, Siti Salbiah Zahari mengakui berlaku salah faham mengenai pementasan teater muzikal epik berkenaan yang sebenarnya diubah ke September depan, bukan dibatalkan.

Katanya, perubahan lokasi dan tarikh asal yang sepatutnya berlangsung di Istana Budaya bermula 26 Ogos ini dibuat kerana isu dana bagaimanapun hanya akan diumumkan dalam tempoh terdekat selepas perbincangan bersama pihak terbabit.

“Sejujurnya saya tahu Along Eyzendy mahu menularkan perkara ini selepas pertemuan kami minggu lalu. Mungkin dia salah faham kerana ketika perjumpaan kami masih belum dapat pengesahan kekosongan auditorium di Seremban, Negeri Sembilan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Namun saya tidak salahkan dia mahu pun mana-mana pihak atas perubahan yang berlaku. Pihak produksi kini sedang mengusahakan yang terbaik bagi merealisasikan Muzikal Moyang Salleh ini.

“Biarpun tidak dapat beraksi di Istana Budaya pada tarikh yang dirancang, kami yakin situasi dihadapi kini mempunyai hikmah tersendiri. Apa pun yang berlaku, pementasan ini tetap akan diteruskan seperti dijanjikan.

“Kami faham kerisauan pelakon dan produksi, tetapi seperti mereka saya juga memang mahu Muzikal Moyang Salleh tetap menemui penonton,” katanya kepada Kosmo! Online.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, seorang pelakon muzikal berkenaan, Along Eyzendy yang membawakan watak Si Amat mendedahkan mengenai pembatalan pementasan berkenaan menerusi media sosialnya malam tadi.

Aktor berusia 42 tahun itu meluahkan rasa terkilan selepas susah memperuntukkan masa melakukan latihan rapi selain sudah membuat pengorbanan menolak tawaran lain.

Enggan mendedahkan punya yang didakwa berkaitan dengan maruah pihak terlibat, dia turut mengingatkan penganjur supaya tidak mempermainkan dunia teater.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Siti Salbiah berkata, jadual baharu pementasan bakal diadakan di Auditorium Raja Melewar Kompleks JKKN Negeri Sembilan selama tiga hari, bermula 23 September depan.

Katanya, pihaknya akan mengadakan pengumuman dalam masa terdekat termasuk mengenai kadar harga tiket selain berkenaan pertanyaan mereka yang sudah membuat tempahan tempat duduk.

Diminta mengulas mengenai khabar masalah ketiadaan dana, akui Siti Salbiah, pihaknya kini bergerak menggunakan dana Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) yang memerlukan mereka mendapatkan lokasi pementasan bersesuaian bajet.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya tak nafikan ada pihak yang pada awalnya berminat untuk berkolaborasi namun kemudian mendiamkan diri, tetapi seperti saya tegaskan tadi saya tidak menuding jari kepada sesiapa.

“Ujian ini buat saya dan pasukan semakin bersemangat untuk pastikan Muzikal Moyang Salleh ‘berdiri’ di depan khalayak pada September depan menerusi sokongan Motac,” katanya.

Mengulas andai ada dikalangan pelakon atau tenaga produksi terpaksa angkat kaki disebabkan perubahan tarikh,” katanya dia bersikap terbuka dengan sebarang keputusan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Memang saya faham setiap pelakon ada komitmen lain mengikut jadual yang sudah diatur tetapi jika boleh tentu saya ingin tengok barisan asal beraksi. Cuma jika ada yang terpaksa tarik diri, kita akan tetap teruskan pementasan ini.

“Sekarang pun latihan yang dilakukan sejak akhir Julai masih diteruskan. Pihak kami akan berjumpa semua yang terbabit dalam waktu terdekat,” katanya.

Moyang Salleh berkisarkan kepahlawanan seorang tokoh bernama Moyang Salleh, yang memerdekakan Jelebu daripada jajahan takluk Johor suatu ketika dulu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teater terbitan Karyawan Negeri Sembilan dan Yayasan Badan Kebajikan Ahsan Luak Jelebu tersebut sepatutnya dipentaskan di Istana Budaya pada 26 hingga 31 Ogos ini.

Andai direalisasikan, muzikal berkenaan bakal menjadi teater pertama dipentaskan di gelanggang gah tersebut bertepatan seiring sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

Teater arahan Roslee Mansor tersebut menampilkan barisan pelakon nama besar seperti Datuk Ahmad Tamimi Siregar (Moyang Salleh), Khir Rahman (Sultan Abdul Jalil Muazam Shah) dan Mubarak Majid (Datuk Temenggung).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelakon lain ialah Aloeng Silalahi (Datuk Penghulu Rembau) Hairi Safwan (Datuk Bendahara), Zuhairi Ibrahim (Tok Laut Api), Raja Mohd Hafiz (Tok Gagah Lela Perkasa), Haf Dzi Sofi (Tok Beruang Hitam) dan Zaim Zainal (Tok Bauk).

Berdasarkan rekod, pementasan yang menampilkan lebih 150 tenaga produksi termasuk pelakon, penari, pemuzik dan tenaga produksi berkenaan dikatakan turut menarik perhatian Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk diangkat ke layar perak. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LANGKAWI – Dakwaan mengatakan Pulau Langkawi sudah tidak lagi menjadi tumpuan percutian ternyata meleset apabila jumlah pengunjung ke...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LONDON: Arab Saudi dan Russia dijangka mempertimbangkan rancangan negara pengeluar minyak dunia yang mahu menyekat bekalan dalam usaha...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. ALOR SETAR – Beraksi dengan kelebihan seorang pemain sepanjang 45 minit babak kedua perlawanan tidak mampu membantu Kedah...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. POPULARITI Jang Won-young selaku artis idola generasi keempat K-pop paling popular membuatkan jadual kariernya cukup padat setiap hari....

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications