Hi, what are you looking for?

Mamak News

myASNB terjemah gaya baharu pelaburan digital


PENULARAN Covid-19 yang melanda seluruh dunia sejak penghujung 2019 ternyata mengubah corak kehidupan rakyat dengan pelbagai norma baharu sekali gus memberi gambaran bahawa rakyat perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan di luar jangka.

Selain memberi kesan kepada corak kehidupan, urus niaga kewangan juga dilihat berdepan transformasi menyeluruh apabila ia kini digunakan secara digital bagi memudahkan urusan serta melindungi keselamatan pelabur tanpa perlu ke kaunter khususnya ketika penularan Covid-19.

Pastinya dalam apa jua keadaan, setiap pelabur perlu bijak untuk menguruskan kewangan mereka pada setiap bulan dengan mengetepikan sebahagian pendapatan untuk menyimpan dan melabur bagi keperluan masa hadapan seperti tabung kecemasan, pendidikan serta persaraan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dengan kadar inflasi meningkat dan prestasi pasaran tempatan serta global yang tidak menentu, pelabur perlu bijak dalam memilih tempat pelaburan agar lebih selamat dan boleh memberikan pulangan yang konsisten.

Dalam situasi ini, pelaburan di Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dilihat sebagai medium tepat memandangkan pelabur boleh membina tabungan mereka di mana-mana sahaja melalui aplikasi myASNB dan perbankan internet.

Justeru, bagi menarik lebih ramai pelabur untuk kembali memantapkan tabungan mereka, ASNB menawarkan kempen ‘Jom Labur Online’ untuk semua pelabur baharu dan sedia ada dengan tawaran hadiah lebih menarik untuk dimenangi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menariknya, kempen bermula dari 1 Mac hingga 31 Disember 2022 itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM200,000 untuk 581 pemenang dan akan diberikan dalam bentuk unit amanah ASNB dan jam pintar.

Aplikasi myASNB memudahkan pelabur mengakses akaun secara dalam talian seterusnya menikmati kemudahan yang disediakan termasuk pelaburan tambahan, melihat baki semasa, muat turun penyata dividen, kemudahan Auto Labur, pra-daftar Hibah Amanah, Target Labur, Wakaf ASNB dan pengeluaran dalam talian.

Bagi menyertai kempen itu, pelabur perlu membuat pelaburan tambahan dalam mana-mana unit amanah ASNB secara online melalui platform digital yang disediakan seperti myASNB selain perbankan internet Maybank2u, CIMB Clicks, Affin Online, RHB Now, AmOnline serta HLB Connect.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kempen Jom Labur Online juga terbuka kepada pemegang unit ASNB sedia ada dan baharu yang mempunyai pegangan unit di dalam mana-mana tabung unit amanah ASNB.

Penyertaan adalah secara automatik apabila pelabur membuat transaksi pelaburan minimum RM500 secara online dalam mana-mana unit amanah ASNB.

Dalam pada itu, jika pelabur membuat deposit minimum RM500 melalui portal atau aplikasi myASNB pada tarikh 25 haribulan sehingga akhir bulan pada setiap bulan sepanjang kempen berlangsung, layak memenangi hadiah Pay Day Special. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement