Hi, what are you looking for?

lori rempuh myvi kuning

Mamak News

Myvi Kuning Dilanggar Lori Pasir Hingga Remuk, Pemandu Terselamat


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Satu kemalangan melibatkan sebuah lori dan lima kenderaan lain dilaporkan berlaku di Jalan Ipoh, Sentul pada 2.34 petang semalam.

Melalui rakaman dashcam dari sebuah kenderaan yang tular semalam kelihatan sebuah lori meluru laju yang dipercayai mengalami masalah brek telah hilang kawalan sebelum merempuh lima kenderaan lain termasuk sebuah Myvi yang remuk teruk.

Dalam satu rakaman video dari orang awam yang berada di tempat kejadian, seorang lelaki dipercayai pemandu Myvi kuning tersebut dilihat keluar dari kenderaan yang boleh dikatakan berada dalam keadaan ‘total lost’. Walau bagaimanapun, pemandu berkenaan dilaporkan selamat.

PEMANDU LORI POSITIF DADAH

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh, lori yang dipandu oleh suspek berusia 25 tahun itu, menghala ke Sentul dari Jalan Duta sebelum merempuh dua Perodua Myvi serta Proton X70, Honda HRV dan Peugeot 208 FL.

“Sampai di lampu isyarat Jalan Ipoh, lori terbabit gagal dikawal dan merempuh dengan laju lima kenderaan lain yang berhenti di lampu isyarat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemandu Myvi itu hanya mengalami cedera ringan di bahagian muka dan mendapat rawatan di Zon Hijau Hospital Kuala Lumpur manakala pemandu kenderaan yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sarifudin berkata ujian awal mendapati suspek tidak dipengaruhi alkohol namun ujian saringan air kencingnya didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamin.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Pemandu Myvi Yang Terselamat Rempuhan Lori Kongsikan Keadaan Terkini

Teruskan Membaca

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SEJAK bertapak di negara seberang Indonesia pada tahun 2016, platform penstriman digital Netflix telah berjaya memikat hati penonton...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Sentimen sesetengah pihak suatu ketika dahulu tentang pembelian hartanah untuk tujuan sewaan sebagai kapitalis, mungkin...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BANGKOK – Pelumba kelahiran Itali, Danilo Petrucci bakal membuat kemunculan semula pada Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) buat kali...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Apabila kita mendengar perkataan ‘panda’, apa yang terlintas dalam permikiran kita semua? Comel, gebu, bulat… itulah deskripsi haiwan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications