Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Nabila Razali dedah lamaran Nik Iruwan, nikah hujung minggu


PETALING JAYA – Seperti dijanjikan, mahu berkongsi berita gembira pada sambutan ulang tahunnya yang ke-31, penyanyi Nabila Razali mendedahkan sudah menerima lamaran lelaki pilihan hati, Nik Iruwan Nik Izani.

Pengumuman tersebut dikongsikan menerusi laman Instagramnya bersama gambar bekas pemandu litar Formula itu melutut di hadapannya berlatarkan lagu New Chapter.

Dalam gambar tersebut mereka saling berpandangan sambil tersenyum dengan tangan masing-masing saling berpegangan dengan kapsyen bertulis: “I said yes.”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto berkenaan dikatakan dirakam seminggu sebelum mereka mengikat tali pertunangan.

Tinjauan dalam ruangan komen, rata-rata rakan artis termasuk peminat mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan tidak sabar menunggu hari pernikahan Nabila dan pasangan.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan penyanyi Peluang Kedua itu mengikat pertunangan pada 25 Ogos lalu dalam majlis tertutup di kediamannya di Selayang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nabila dan Nik Iruwan, masing-masing tidak mengesahkan perkara tersebut biarpun persiapan perkahwinan termasuk busana pengantin dan layah yang bersulam huruf pangkal namanya sudah disiapkan seorang pereka fesyen terkenal.

Ketika desas-desus bertebaran mendakwa pasangan terbabit bakal bernikah pada 13 November tepat pada tarikh hari jadinya yang ke-31 hari ini, pemilik
Nama sebenar Nur Nabila Mohd. Razali itu hanya menyatakan bakal berkongsi khabar gembira.

Difahamkan, majlis pernikahan mereka akan berlangsung pada pagi 18 November, manakala resepsi diadakan petang hari yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber memaklumkan Nabila dan Nik Iruwan memilih sebuah resort mewah di pusat peranginan mewah di pusat peranginan tanah tinggi di Pahang sebagai lokasi bersejarah penyatuan cinta mereka. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Sukan

0 MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap ‘perang’ yang tercetus antara Pesuruhjaya Sukan, Suhardi Alias dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak berterusan sepanjang...

Mamak News

0 SEMARANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun tular dalam media sosial kerana kepetahannya bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat British. Kinara Arnintya Pratista,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications