Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Nadhir Nasar turun padang demi Palestin


PETALING JAYA – Simpati dengan nasib penduduk rakyat Gaza yang berdepan serangan kekejaman Zionis, pelakon Nadhir Nasar terlibat dalam penghantaran bantuan kemanusiaan sumbangan Malaysia menerusi Ops Ihsan.

Kata Nadhir, pesawat kargo khas itu berlepas dari Terminal Kargo, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) membawa barangan keperluan utama seberat 20 tan.

“Sebanyak 20 tan bantuan telah dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa El Arish Mesir semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bantuan tersebut akan melalui sempadan Rafah ke Gaza. Ops Ihsan bersama GPM Malaysia berjalan lancar.

“Semoga segala urusan di sana dipermudahkan. Insya-Allah. Kami di sini selamaya bersama kamu Palestin,” katanya dalam sebuah hantaran Instagram.

Bantuan sebanyak 20 tan tersebut dianggarkan lebih kurang RM5 juta yang mengandungi barangan seperti keperluan makanan, pakaian dan keperluan bayi.

Selain Nadhir, pelakon lain yang turut kelihatan di KLIA semalam ialah Mimifly, Kavita Sidhu, Fedtri Yahya dan Suffian Amrin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain selebriti, Timbalan Menteri Kewangan iaitu YB Datuk Seri Ahmad Maslan turut hadir dan menyaksikan perlepasan bantuan kedua tersebut.

Sebelum ini, bantuan pertama membabitkan barangan seberat 20 tan telah dihantar pada 3 November lalu untuk membantu kelancaran kehidupan mereka.

Baki barangan bantuan seberat 10 tan dijangka akan dihantar dalam penerbangan ketiga dalam masa terdekat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ops Ihsan adalah inisiatif yang dilancarkan Kementerian Luar bersama lebih 50 NGO seperti Global Peace Mission Malaysia (GPMMalaysia), Mercy Malaysia, BeVital, MyAqsa Defenders, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Cinta Gaza Malaysia dan Malaysian Relief Agency (MRA). -KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Sukan

0 KEADAAN padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hari ini tidak banyak berubah menjelang sepak mula aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications