Hi, what are you looking for?

Selebriti

Nadiyah Shahab positif Covid-19, demam teruk


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Pelakon dan usahawan jelita, Nadiyah Shahab memasuki senarai terbaharu selebriti tanah air yang dijangkiti wabak maut, Covid-19.

Nadiyah atau nama sebenarnya, Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab memaklumkan, nenek dan datuknya juga disahkan positif namun keadaan mereka stabil serta tidak membimbangkan.

“Terima kasih semua untuk semua kata-kata semangat dan doa. Nenek dan datuk saya pun positif tetapi keadaan mereka lebih baik. Tiada lagi demam, hanya batuk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Hanya saya seorang yang demam sekarang dan keadaannya agak teruk,” ujar Nadiyah, 31.

Dalam pada diuji dengan virus berkenaan dan kini sedang menjalani kuarantin, pelakon yang cukup dikenali menerusi drama rantaian, Lafazkan Kalimah Cintamu itu memikirkan tentang kebajikan kucing peliharaan kesayangannya, Mushy dan Fluffy.

“Fikir tentang Mushy dan Fluffy membuatkan saya ingin sembuh dengan segera. Saya sangat-sangat merindukan mereka. Adakah mereka akan lupakan saya kalau saya ‘hilang’ untuk dua minggu?.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Setiap hari Ben (suami) hantar video tidak terkira Mushy dan Fluffy untuk memberi saya semangat,” kata pengarah urusan jenama Absolut tersebut.

Terdahulu, ramai selebriti tanah air mendedahkan diri mereka dijangkiti Covid-19 disebabkan penyebaran varian Omicron antaranya, Datuk Aaron Aziz, Datuk Aishah dan Datin Elvina Mohamad.

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. GEORGE TOWN – Seorang pemilik syarikat penyediaan latihan dan eksekutif kanan sebuah syarikat di sini ditahan reman selama...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. ADDIS ABABA: Dua juruterbang yang tertidur semasa dalam penerbangan berjaya mendarat dengan selamat tanpa sebarang kemalangan berlaku. Lapor...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JOHOR BAHRU – Kebimbangan sebuah keluarga yang kehilangan anak perempuan mereka sejak Sabtu lalu berakhir apabila remaja itu...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JIKA dilihat semula, tidak dinafikan lagu-lagu malar segar era 1990-an kembali menjadi trend dan mula diminati pendengar usia...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications