Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Najib Mahu Jawab Soalan Pengubahan Wang Haram Di Mahkamah – Pegawai Penyiasat


najib pegawai penyiasat

Najib Mahu Jawab Soalan Pengubahan Wang Haram Di Mahkamah – Pegawai Penyiasat

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) — Seorang pegawai penyiasat dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa bekas perdana menteri itu memilih untuk menjawab soalan berhubung beberapa transaksi dalam akaun bank peribadinya di mahkamah semasa siasatan 1MDB pada Oktober 2018.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram ACP Foo Wei Min berkata Najib memutuskan untuk menjawab soalan yang diajukan kepadanya melibatkan lima keping cek untuk lima pembayaran daripada akaunnya kerana beliau sudah didakwa dengan pertuduhan pengubahan wang haram di mahkamah pada 20 Sept 2018.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lima cek itu adalah untuk transaksi yang berlaku dalam akaun Najib pada 2013 termasuk cek RM20 juta untuk UMNO pada 2 Ogos; cek RM100,000 untuk UMNO Batu Kawan pada 7 Ogos; RM246,000 ke dalam akaun taikun hartanah Lim Soon Peng pada 7 Ogos; RM2 juta untuk Orb Solutions Sdn Bhd pada 12 Ogos dan RM303,000 untuk Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd pada 14 Ogos.

Peguam utama Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika membacakan petikan daripada kenyataan Najib kepada Foo, iaitu Ahli Parlimen Pekan itu berkata: “Saya memang bersedia untuk menjawab (soalan) sekiranya saya belum didakwa, namun kerana saya telah didakwa saya percaya ia (menjawab soalan) bertentangan dengan sistem perundangan negara. Oleh itu saya akan jawab di mahkamah.”

Ketika disoal Muhammad Shafee, Foo berkata beliau menyoal siasat Najib pada 3 Okt 2018, iaitu kira-kira dua minggu selepas Najib dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan 1MDB.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Najib Terima RM2.28 Bilion Hasil 1MDB Sejak 2011 – Penganalisis BNM

Disoal lanjut oleh peguam itu, saksi pendakwaan ke-48 itu menafikan pihak atasannya telah mengarahkan beliau untuk menanyakan Najib mengenai transaksi dalam akaunnya selepas ahli politik itu ditahan.

Muhammad Shafee: Saya katakan kepada anda, anda diarahkan oleh seseorang di atas anda…dia tidak semestinya dari pasukan polis. Ini semata-mata dan kononnya hanya untuk memenuhi keperluan undang-undang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foo: Ini adalah sebahagian daripada siasatan untuk fasa Tanore jadi, saya mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk bertanya soalan-soalan ini, sebagai pegawai penyiasat.

Muhammad Shafee: Saya katakan kepada anda, anda rasa terpaksa bertanya kerana anda sedar tidak menyoalnya mengenai perkara pertuduhan itu melampaui prinsip perbicaraan yang adil.

Foo: Tidak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, pada prosiding sebelah petang, Muhammad Shafee berhujah Najib tidak mempunyai pengetahuan mengenai Tanore Finance Corporation milik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau sekutu Jho Low, Eric Tan Kim Loong.

Foo bersetuju dengan soalan peguam bahawa Najib sendiri telah memberitahunya semasa siasatan bahawa beliau tidak tahu siapa yang memiliki akaun Tanore dan beliau hanya berkata ia mungkin dikaitkan  dengan kerabat diraja Arab Saudi.

Muhammad Shafee: Soalan saya ialah untuk menjadi pesalah AMLA, anda harus patahkan dakwaan Datuk Seri Najib tentang kekurangan pengetahuan. Anda perlu sangsi dengan dakwaannya, yang dia menyangka Tanore dikaitkan dengan Arab Saudi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foo: Kami mendapati akaun itu dimiliki oleh Tan dan bukan orang Arab Saudi. Saya tahu selepas memperoleh dokumen tidak rasmi.

Foo juga bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa beliau hanya mengetahui fakta bahawa Tanore dimiliki oleh Tan dan bukan warga Arab Saudi melalui kerjasama dengan pihak berkuasa Singapura.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

Sumber: BERNAMA

The post Najib Mahu Jawab Soalan Pengubahan Wang Haram Di Mahkamah – Pegawai Penyiasat appeared first on Siakap Keli.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Lifestyle

0 Usaha Bersama BNM-PDRM Tangani Perniagaan Wang Haram di Sarawak BNM Dan PDRM Serbu Lapan Premis Perniagaan Perkhidmatan Wang Tanpa Lesen Di Sarawak. Bank...

Sukan

0 MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap ‘perang’ yang tercetus antara Pesuruhjaya Sukan, Suhardi Alias dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak berterusan sepanjang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications