KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi meminta Kementerian Kewangan untuk meluluskan pengeluaran i-Citra sebanyak RM10,000 ‘one-off’ di Dewan Rakyat hari ini.
Jelas bekas Perdana Menteri itu lagi, Kementerian Kewangan perlu meluluskan pengeluaran tersebut buat kali terakhir kerana ketika ini rakyat sangat-sangat memerlukan jumlah tersebut.
“Saya harap ini kali terakhir Kementerian Kewangan luluskan pengeluaran tersebut. Dulu ada yang cakap cadangan saya ini ibarat meminang Puteri Gunung Ledang.
“Tetapi sekarang syukur kerana Ahli Parlimen yang bercakap begitu sebelum ini turut menyokong saya, sekali lagi Barisan Nasional (BN) minta diluluskan pengeluaran tersebut,” jelas Najib.
Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.
Sumber: Kosmo Online
