Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Nak Beli Kereta Recond 5 Tahun Ke Atas? Ikut Tips Abang Ini


Nak Beli Kereta Recond 5 Tahun Ke Atas? Ikut Tips Abang Ini

Kereta recond atau perkataan penuhnya reconditioned merupakan kenderaan yang telah dilakukan pembaikan semula dan kemudian dijual kembali di pasaran.

Berbeza dengan kenderaan terpakai untuk tempatan, perkataan recond ini hanya untuk kereta import dari luar negara yang dibawa masuk ke Malaysia untuk dijual semula.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara kereta recond yang paling mendapat sambutan di negara ini ialah kereta jenis Toyota seperti Vellfire, Estima, Wish dan seangkatan dengannya.

Kebiasaannya, kereta recond ini mendapat sambutan yang menggalakkan akan tetapi sebelum membuat pembelian, ada beberapa perkara atau tips yang perlu tahu supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Perkongsian kali ini lebih kepada memberi tips untuk membeli kereta recond usianya lebih dari lima tahun penggunaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa yang perlu dibuat sebenarnya? Adakah lebih kepada melihat kepada luar dan menguji kuasa? Ikuti cara yang di ajar oleh Dr Tayar di Youtube.

Tips beli kereta recond

Yang pertama, sebelum memulakan pembelian, individu wajib mencuba melakukan pandu uji terhadap kereta yang dipilih.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomKredit: Dr Tayar/Youtube

Pandu uji bukan dibuat untuk menguji kuasa kereta namun lebih kepada mengesan masalah, sekiranya ada dan paling utama ialah enjin dan kotak gear (gearbox).

Tips pertama ini sangat digalakkan untuk dibuat kerana dengan hanya melakukan pemanduan, individu akan dapat mengenal pasti masalah kereta tersebut.

BACA: Ini Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Tersalah Isi Diesel Dalam Kereta Enjin Petrol

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Dr Tayar, individu tidak perlu untuk menguji kuasa kerana kereta tersebut sememangnya power ekoran sudah dilakukan ujian percubaan oleh jurutera kereta.

Sekiranya enjin berada dalam keadaan baik, dan gearbox juga masih sihat, maka ia telah lulus pada tahap pertama dalam pemeriksaan.

Dua perkara itu amat penting untuk diperiksa, kerana jika rosak maka ia tidak dapat digunakan dalam masa yang lama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kemudian, perkara kedua ialah dengan memeriksa absorber kereta, sama ada ia rosak atau masih berfungsi.

Jika ingin mengetahui sama ada absorber kereta rosak atau tidak, perlu melihat kepada tayar kereta.

| KampungmamakcomKredit: Dr Tayar/Youtube

“Antara kemahiran yang boleh digunakan adalah membengkok melihatnya di bahagian tayar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Atau rasa permukaan tayar. Kalau rasa tak rata ada benjol-benjol, maksudnya absorber memang masalah,” jelas Dr Tayar di video tersebut.

Peranan absorber penting kerana ia boleh mengelakkan berlaku kerosakan dan risiko kemalangan, yang boleh membahayakan nyawa.

Cara ketiga ialah dengan melakukan pemeriksaan ke atas tayar dan brake, di mana ia juga tergolong dalam perkara penting untuk diperiksa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tahun yang ada di tayar tidak perlu diperhatikan namun keadaan tayar itu sendiri, perlu disemak.

Individu perlu melihat tayar untuk memeriksa keadaan brake.

| KampungmamakcomKredit: Dr Tayar/Youtube

“Kalau permukaan di sini (rujuk gambar) rata maksudnya okay. Tetapi kalau permukaan sini (rujuk gambar) sudah bergigi atau berbelang, brake pad mesti masalah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Nak tengok brake pad kita boleh jengah di bahagian tepi, macam ini (rujuk gambar) dia tebal lagi,” ujarnya.

| KampungmamakcomKredit: Dr Tayar/Youtube
| KampungmamakcomKredit: Dr Tayar/Youtube

Selepas selesai melakukan pemeriksaan dan berasa puas hati, barulah buat keputusan sama ada mahu membelinya atau menangguhkannya.

Saksikan video penuh di bawah ini. Semoga bermanfaat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Dr Tayar/Youtube via @muadzmustafha/TikTok

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement