Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Nak Lapor Diri, ‘Member’ Sanggup Kejar Naik Motor Ucap Selamat Tinggal Terakhir


Sewaktu kecil kita mesti mempunyai seorang sahabat baik yang dijadikan sebagai teman hidup, belajar dan paling penting sekali teman bermain setiap masa.

Malah ada juga yang dilabelkan sebagai kembar kerana sering ke sana ke mari berdua-duaan hingga ahli keluarga juga turut mengenali antara satu sama lain.

Banyak memori yang tercipta daripada kenangan manis hinggalah pahit. Kesemuanya bakal tersemat di fikiran apabila menjelang dewasa nanti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau jauh sekali pun merantau meninggalkan kampung halaman, ikatan yang terjalin bersama sahabat baik itu pastinya tidak akan terputus dengan izin-Nya.

Baru-baru ini tular di media sosial, satu video perpisahan berdurasi 31 saat yang sarat dengan kenangan dua orang sahabat sejati.

Dalam perkongsian @mizadaus, sebuah kenderaan berhenti di tepi jalan bagi memberi laluan kepada seorang lelaki untuk berjumpa dengan sahabat sejatinya yang mengejar dari belakang menaiki motosikal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kenderaan itu pada asalnya dipercayai sedang  menghantar lelaki terbabit untuk melapor diri, namun berhenti di tepi jalan setelah mendapat tahu sahabat baiknya mengekorinya dari belakang.

Berdasarkan perkongsian di ruangan komentar, difahamkan sahabat baiknya itu dipercayai tidak sempat berjumpa dengannya di rumah untuk mengucapkan selamat tinggal buat kali yang terakhir.

Rakaman video itu turut dilatari lagu sedih yang amat sesuai dengan situasi tersebut dan perasaan sebak mula terbentuk apabila lelaki itu keluar dari kereta untuk bersalam dengan sahabatnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun sahabatnya mungkin tersenyum di sebalik topi keledar, namun air mata ‘jantan’ kedua-dua mereka dipercayai gugur setelah bertemu, bersalaman dan saling berpelukan buat kali terakhir.

Kata warganet

Meninjau di ruangan komentar, mereka berdua dikatakan sahabat sejak kecil dan lelaki terbabit mengejar kereta itu kerana tidak dapat berjumpa dengannya lagi selepas ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebak tengok. Harap kawan dah berjaya suatu hari nanti jangan lupakan kawan yang naik motor tu. Susah nak dapat kawan macam itu,” kata salah seorang pengguna media sosial.

“Kesat air mata kawan dia naik motor tu. Kawan memang senang nak dapat. Tapi sahabat sejati susah untuk ditemui,” ujar seorang lagi.

“Sedihnya tengok. Susah nak cari kawan sejati macam ini,” tambah yang lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tak sempat nak jumpa dekat rumah agaknya, kejar kereta kawan dengan motor untuk ucap selamat jalan,” kata pemberi komen disusuli emoji menangis di hujung ayat.

Situasi tersebut boleh dikatakan sama seperti adegan dalam filem Tentang Bulan, di mana Mawi (Aedy Ashraf) sedang mengejar Ila (Fatin Afeefa) yang meninggalkan kampung dan berhijrah ke bandar.

Sahabat yang baik semestinya tidak akan mudah melupakan insan yang sanggup bersusah-senang dengannya semasa di kampung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau sejauh mana pun dia berhijrah meninggalkan kampung halaman untuk mencari rezeki, namun kenangan indah bersama sahabat itu tetap ada.

@nurhamizahnornizan

sedih lah.. dgn aku sekali menangis

♬ Lagu Sedih – Muhammad abdul jafar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: @mizadaus via Tiktok

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement