Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Nama Penuh 30 Lebuhraya Di Malaysia, Hari-hari Guna Tapi Ramai Masih Tak Tahu


Nama Penuh 30 Lebuhraya Di Malaysia, Hari-hari Guna Tapi Ramai Masih Tak Tahu

Setiap hari, jutaan kenderaan menggunakan pelbagai lebuh raya untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang hendak dituju. Apapun tujuannya, kewujudan infrastruktur ini adalah rahmat kepada mereka yang bergantung kepada laluan darat untuk ke mana-mana.

Tidak seperti jalan biasa, lebuh raya biasanya mempunyai lebih dua lorong, lebih luas dan jarang terganggu dengan kesesakan trafik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Di Malaysia, terdapat pelbagai lebuhraya yang dibina merentasi pelbagai daerah, bermula daripada Utara dan berpenghujung di Selatan, yang menghubungkan Timur dengan mereka di Barat. Menariknya, setiap lebuhraya ini turut diberikan nama yang tersendiri.

Pun begitu, orang ramai lebih sinonim untuk memanggil setiap lebuh raya ini dengan nama singkatan. Tanpa sedar, ramai pengguna jalan sendiri tidak tahu nama penuh laluan yang dilalui setiap hari.

Walaupun ia bukanlah satu perkara yang penting, namun tidak menjadi satu kesalahan untuk kita ambil tahu. Anggap sahajalah ia sebahagian daripada pengetahuan umum sebagai rakyat Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jadi, hari ini, pihak SK akan berkongsikan nama-nama lebuhraya yang terdapat di seluruh Malaysia seperti yang dikongsikan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Jenis-Jenis Lebuhraya di Malaysia

Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebuhraya Utara Selatan atau North South Epressway (PLUS) merupakan laluan sepanjang 823 kilometer (km).

Lebuhraya ini pertama kali dilancarkan (dibuka kepada orang awam) pada tanggal 9 Ogos 1994. PLUS merupakan konsesi Projek Lebuhraya Usahasama Berhad.

Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sering disebut dengan singkatan LINKEDUA, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura atau Second Link Expressway ini telah dibuka pada 2 Februari 1998.

Lebuhraya ini hanya mempunyai laluan sepanjang 47 km.

BACA JUGA: Bentuk Unik Seakan UFO, Kenali Awan Lentikular & Bagaimana Ia Terbentuk

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sama seperti PLUS, LINKEDUA juga merupakan konsesi Projek Lebuhraya Usahasama Berhad.

Lebuhraya Shah Alam (KESAS)

Berukuran 34.5 km, Lebuhraya Shah Alam atau Shah Alam Expressway (KESAS) dilancarkan pada tahun yang sama dengan LINKEDUA, iaitu 12 Januari 1998.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Projek lebuhraya ini adalah di bawah KESAS Sdn Bhd.

Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)

Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah atau North South Expressway Central Link (ELITE) telah dibuka kepada orang awam sejak 16 Oktober 1997.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Laluan ilebuhraya ini adalah sepanjang 63 km dan merupakan Projek Lebuhraya Usahasama Berhad.

Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga)

Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga) atau Cheras Kajang Expressway mula dilancarkan pada 15 Januari 1999.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Laluan sepanjang 11.5 km ini adalah projek Grand Saga Sdn Bhd.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK)

Popular dengan panggilan KLK, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak atau Kuala Lumpur-Karak Expressway mempunyai laluan sepanjang 60 km.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebuhraya ini telah diperkenalkan kepada orang awam pada 30 September 1999. Ia merupakan hasil kerja dan di bawah seliaan ANIH Berhad.

Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1)

Bagi yang sering pulang atau bergerak ke negeri-negeri di pantai timur pastinya sinonim dengan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1).

Advertisement. Scroll to continue reading.

LPT 1 antara lebuhraya yang mempunyai jarak yang jauh, iaitu 174 km. Laluan ini mula dilancarkan pada 1 Ogos 2004.

BACA JUGA: Kenali Fenomena Pelangi Api & Bagaimana Ia Terbentuk

Selain itu, LPT 1 juga berkongsi konsesi yang sama dengan KLK, ANIH Berhad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2)

Selain LPT 1, terdapat lagi lebuhraya yang dibina merentasi negeri-negeri Pantai Timur. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 atau East Coast Expressway phase 2 (LPT 2) ini lebih panjang berbanding lebuhraya fasa 1, dengan 184 km.

Laluan ini mula dilancarkan pada 22 November 2011 dan merupakan projek Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)

Lebuhraya Sungai Besi atau Sungai Besi Expressway (BESRAYA) telah dibuka pada 14 Januari 1999. BESRAYA mempunyai laluan sepanjang 28.89 km.

Lebuhraya ini merupakan konsesi Besraya (M) Sdn Bhd.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebuhraya Pantai Baharu (NPE)

Lebuhraya Pantai Baharu atau New Pantai Expressway (NPE) hanya berjarak 19.6 km.

Ia mula dilancarkan pada 2 April 2004 dan di bawah tanggungjawab New Pantai Expressway Sdn. Bhd.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)

Antara laluan panas yang digunakan oleh warga kota bergerak atau ulang-alik dari tempat kerja. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) atau Damansara-Puchong Expressway mempunyai laluan sepanjang 40 km.

BACA JUGA: Pelik, Ini Tiga Jenis Ikan Yang Tak Kena Pada Rupa & Nama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Laluan ini telah dilancarkan kepada orang awam sejak 25 Januari 1999 dan di bawah seliaan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd.

Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)

Hanya berjarak 7.9 km, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) atau Ampang-Kuala Lumpur Eleveted Highway ini telah dibuka pada 17 Mei 2001.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia adalah hasil usaha Projek Lintasan Kota Sdn Bhd.

Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA)

Seterusnya, LKSA atau nama penuh Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA) atau Kemuning – Shah ALAM Highway telah beroperasi sejak 18 Mei 2010. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

LKSA mempunyai jarak sepanjang  14.69 km. Projek Lintasan Shah Alam Sdn Bhd merupakan konsesi yang bertanggungjawab menyelengara laluan ini.

Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)

Lebuhraya Butterworth-Kulim atau Butterworth – Kulim Expressway (BKE) terletak di Utara tanah air.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Laluan BKE ini berjarak 17.8 km dan telah dilancarkan pada 15 November 1996. Laluan ini berada di bawah seliaan Projek Lebuhraya Usahasama Berhad.

Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)

Terletak di negeri Pulau Pinang, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) atau Butterworth Outer Ring Road telah dilancarkan pada 7 Disember 2005.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA: Apa Maksud Dilepaskan Tanpa Dibebaskan? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Laluan ini mempunyai jarak 18.89 km dan merupakan projek Lingkaran Luar Butterworth (Penang) Sdn Bhd.

Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sejuah 37 km, Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang atau Kajang Dispersal Link Expressway antara salah satu leburaya yang terdapat di semenanjung Malaysia.

Laluan yang sering dikenali dengan nama (SILK) ini telah dilancarkan sejak 16 Februari 2004. Ia merupakan projek Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang Sdn. Bhd.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Salah satu laluan dari ibu kota menghala ke pusat pentadbiran negara, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) atau Kuala Lumpur-Putrajaya Expressway ini mula beroperasi sejak 15 Januari 2008.

Dengan jarak 26 km, MEX merupakan projek Maju Expressway Sdn Bhd.

Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)

Advertisement. Scroll to continue reading.

LEKAS atau atau nama panjangnya Lebuhraya Kajang-Seremban atau Kajang – Seremban Highway mempunyai jarak sepanjang 44.29 km.

Laluan ini mula dibuka oleh Lebuhraya Kajang – Seremban Sdn Bhd pada tanggal 31 Disember 2008.

Lebuhraya Senai-Desaru (SDE)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi Lebuhraya Senai-Desaru atau Senai-Desaru Expressway (SDE) pula, lebuhraya ini mempunyai jarak sepanjang 77 km.

Untuk pengetahuan, SDE telah dibuka pada 17 September 2009 di bawah projek 17 September 2009.

Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Warga kota tentunya sudah terbiasa mendengar lebuhraya SPRINT. SPRINT merujuk kepada Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat atau Sprint Expressway.

Laluan ini mempunyai jarak sepanjang 26 km dan mula beroperasi sejak 28 Ogos 2001. Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd menjadi konsesi yang bertanggungjawab pada lebuhraya ini.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) atau Kuala Lumpur – Kuala Selangor Expressway mempunyai jarak sepanjang 33 km.

Lebuhraya ini telah dibuka kepada umum pada 23 Jun 2011. Tambahan lagi, ia merupakan projek KL-Kuala Selangor Expressway Bhd.

Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi lebuhraya Lebuhraya Lembah Klang Selatan, singkatan SKVE bermaksud South Klang Valley Expressway.

BACA JUGA: Maksud Malaysia Madani, Slogan Baharu Negara Malaysia

Laluan berjarak 51.7 km ini telah dilancarkan pada 29 Jun 2010.  SKVE tertakluk di bawah projek SKVE Holdings Sdn Bhd.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)

Lebuhraya Seremban – Port Dickson atau Seremban – Port Dickson Highway (SPDH) mempunyai jarak sepanjang 22.8 km.

Laluan ini antara yang tertua dibina apabila dilancarkan pada 1 Januari 1970. Ia merupakan Projek Lebuhraya Usahasama Berhad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebuhraya Jalan Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB)

Selain SKVE, Klang juga mempunyai lebuhraya lain iaitu, Lebuhraya Jalan Pintas Selat Klang Utara Baru atau New North Klang Straits Bypass (NNKSB).

Laluan ini mempunyai jarak sepanjang 17.5 km dan telah beroperasi pada 8 Januari 2005. Grand Sepadu (NK) Sdn. Bhd menjadi konsesi bagi NNKSB.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (Taiping-Banting) 

Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (Taiping-Banting) atau West Coast Expressway (WCE) siap sepenuhnya dan dibuka pada 24 Ogos 2019 lalu.

Lebuhraya yang berjarak 233 km ini di bawah seliaan West Coast Expressway Sdn Bhd.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE)

Lebuhraya Duta-Ulu Klang atau Duta – Ulu Klang Expressway (DUKE) merupakan lebuhraya raya sepanjang 18 km.

Laluan ini mula dibuka pada 30 April 2009 dengan konsesi di bawah Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn.Bhd.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)

Dengan laluan sepanjang 25 km, Lebuhraya Koridor Guthrie atau Guthtrie Corridor Expressway (GCE) telah dibuka pada 15 Ogos 2009 lagi.

GCE merupakan projek PROLINTAS Expressway Sdn Bhd.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jambatan Pulau Pinang  (JPP)

Jambatan Pulau Pinang (JPP) atau Penang Bridge merupakan jambatan pertama yang menghubung dataran pulau itu yang dipisahkan oleh laut.

BACA JUGA: Kenapa Banyak Orang Vietnam Nama “Nguyen”?

Advertisement. Scroll to continue reading.

JPP mempunyai laluan berjarak 17.5 km dan telah dibuka pada 14 September 1985. Ia merupakan Projek Lebuhraya Usahasama Berhad.

Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JJP2)

Selain itu, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bridge (Penang Second Bridge) dipanggil dengan nama JJP2.

Advertisement. Scroll to continue reading.

JJP2 dibuka pada 3 Januari 2014 dengan laluan yang dibina sepanjang 24 km. Projek ini di bawah seliaan Jambatan Kedua Sdn Bhd.

Sistem Pengurusan Air Banjir Dan Terowong (SMART)

Sistem Pengurusan Air Banjir Dan Terowong atau Stormwater Management And Road Tunnel (SMART) adalah projek Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Laluan sepanjang 5 km ini telah dibuka pada tarikh 14 Mei 2007.

Untuk info yang lebih terperinci boleh layari laman web LLM di sini.

Sumber: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tindakan Murni Abang Kurier Tolong Lindungi Jemuran “Customer” Dari Hujan Dipuji Tindakan murni penghantar barangan dipuji selepas dia didapati membantu melindungi barangan pelanggan...

Lifestyle

0 KKM sedia hadapi ancaman pandemik penyakit X Ancaman Penyakit X Makin Hampir, Pakar Jangka 50 Juta Kematian Dan Lebih Bahaya Daripada Covid-19. Pakar...

Mamak News

0 BATAM: Pulau Rempang di Kepulauan Riau tidak jadi dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek mega yang menyaksikan kerjasama Indonesia dengan China menerusi pembinaan...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Ternakan di negara ini dilaporkan bebas daripada penyakit Nipah di mana jangkitannya boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit selain...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications