Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

NASA Berjaya Letupkan Asteroid Guna Kapal Angkasa Secara “Live” Untuk Selamatkan Bumi


NASA Berjaya Letupkan Asteroid Guna Kapal Angkasa Secara “Live” Untuk Selamatkan Bumi

HOUSTON (Amerika Syarikat), 27 Sept (Bernama)– NASA berjaya meletupkan kapal angkasa ke asteroid pada malam Isnin dalam usaha untuk menyelamatkan Bumi suatu hari nanti, lapor Agensi Andolu (AA).

Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (DART) disiarkan secara langsung oleh agensi angkasa lepas AS untuk menunjukkan kepada dunia bahawa ujian pertahanan itu bertujuan untuk menghalang asteroid dari pelanggaran yang mungkin berlaku pada masa hadapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelanggaran yang disengajakan itu adalah hasil daripada tujuh tahun pemerhatian, NASA sedang melihat sama ada ia boleh mengarahkan pertembungan secara manual dengan asteroid dan memesongkan trakjektorinya bagi mengelak kesan impak yang teruk kepada Bumi.

“Itu sangat menakjubkan bukan?,” kata ketua saintis DART Nancy Chabot sejurus selepas kapal angkasa itu berjaya bertembung dengan asteroid tersebut.

Misi DART dilancarkan pada November lalu dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di California.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomKredit Getty Images

Pada malam Isnin, pengawal misi mengawal kapal angkasa untuk memandu sendiri ke asteroid yang dipanggil Dimorphos 6.5 juta batu atau 10.5 juta kilometer jauhnya di angkasa lepas.

Kapal angkasa itu merempuh asteroid pada kelajuan 15,000 batu sejam dengan kamera khas dari probe angkasa Itali yang berjaya merakam kesan impak kosmik.

IMPACT SUCCESS! Watch from #DARTMIssion’s DRACO Camera, as the vending machine-sized spacecraft successfully collides with asteroid Dimorphos, which is the size of a football stadium and poses no threat to Earth. pic.twitter.com/7bXipPkjWD

Advertisement. Scroll to continue reading.

— NASA (@NASA) September 26, 2022

“Ini adalah demonstrasi teknologi yang sangat sukar melibatkan asteroid kecil, kami tidak pernah melihatnya sebelum ini, dan melakukannya dengan cara yang begitu hebat,” kata Chabot.

NASA berkata matlamat misi itu bukan untuk memusnahkan asteroid tetapi untuk melihat sama ada ia boleh mengubah gerakannya secara manual daripada melanggar Bumi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Para saintis kini akan mengambil data yang direkodkan daripada kesan impak itu menggunakan rakaman teleskop untuk melihat perbezaan kesan yang dibuat dalam mengubah arah trajektori asteroid.

Menurut NASA, tiada asteroid yang diketahui lebih besar daripada 450 kaki yang mempunyai peluang untuk merempuh Bumi dalam tempoh 100 tahun akan datang.

Sumber:BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement