Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Neelofa isteri terhebat – PU Riz


PETALING JAYA – Menyifatkan Neelofa sebagai isteri hebat, pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz menzahirkan apresiasi atas segala pengorbanan suri hatinya itu sepanjang empat tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Ujar Haris atau nama lengkapnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, 29, nama Neelofa sentiasa terpahat istimewa dalam hati sekali gus lebih daripada bersyukur dapat berkongsi hidup dengan wanita istimewa itu.

“Selamat hari lahir adindaku. Beberapa tahun kebelakangan ini menjadi saksi mata melihat keikhlasan pengorbanan seorang isteri.

“Daripada tanggungjawab sebagai seorang isteri sehinggalah dalam perihal menjaga anak-anak, awaklah (Neelofa) antara yang terhebat terpahat di hati saya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tiada rasa lain selain bersyukur setiap saatku melaluinya,” katanya menerusi hantaran khas dalam Instagram bersempena hari lahir ke-35 Neelofa, hari ini.

Bapa kepada dua cahaya mata itu turut berterima kasih buat isterinya yang melahirkan zuriat mereka serta bertanggungjawab menjaga anak-anak dengan sempurna.

“Februari bertarikh 10 hari bulan, bukan sahaja tarikh penting buat dirimu akan tetapi kesyukuran buatku.

“Syukurnya Tuhan zahirkan insan solehah bersama melayari bahtera rumah tangga. Tidaklah kuharapkan apa-apa darimu cuma secebis doa cinta dan kasih sayang.

“Terima kasih melahirkan anak-anak kita. Memiliki ibu sepertimu adalah satu keuntungan buat mereka,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Neelofa mengulang semula hantaran suaminya dalam Instastory beserta emoji semut, barangkali sebagai gambaran kemanisan ucapan buat insan tercinta.

“Terima kasih atas ucapan yang manis dan indah sayang,” tulisnya ringkas.

Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua putera iaitu Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas, tujuh bulan. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement