Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Neelofa kesal, tadika tak benarkan akses CCTV pantau Bilal


PETALING JAYA – Selebriti terkenal Neelofa melahirkan rasa kecewa apabila pusat didikan prasekolah yang dirancang untuk menghantar anak sulungnya, Muhammad Bilal, 2, minggu depan tidak memberi akses menonton kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau aktiviti di sekolah.

Menurut pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor, 33, itu, peraturan yang dikenakan oleh sekolah tersebut berbeza dengan pusat pendidikan anak rakannya yang memberi kebenaran untuk memantau daripada CCTV.

“Minggu depan Bilal akan mula bersekolah dan saya bertanya sama ada ibu bapa boleh mengakses CCTV kerana kawan saya boleh melakukan perkara tersebut di sekolah anaknya bila-bila masa sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Malangnya, sekolah yang saya rancang untuk menghantar Bilal tidak membenarkan perkara tersebut,” katanya dalam InstaStory semalam.

Menerusi perkongsian sama, dia turut memuat naik tangkap layar laporan berita yang memaklumkan semua tadika dan pra sekolah perlu menggunakan CCTV bermula Julai 2024.

Laporan tersebut juga memberitahu ibu bapa juga boleh meminta izin untuk mengakses CCTV untuk pemantauan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan daripada perkongsian bekas pengacara MeleTOP itu, ramai yang menyarankan Bilal bersekolah di rumah atau homeschool.

“Terlalu kecil untuk dihantar ke sekolah, homeschool sahajalah.

“Kenapa tadika tak beri akses CCTV ya sedangkan sudah bayar mahal, sekarang sudahlah banyak kes dera,” komen netizen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas yang dilahirkan pada 11 Julai lalu. – KOSMO! ONLUNE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 Aktres berusia 51 tahun itu berkata, dia pelik dengan sikap individu yang suka memperlekehkan orang lain hanya disebabkan perkara remeh terutama jenis kenderaan dipakai....

Mamak News

0 KLANG – Seorang wanita yang juga penduduk Bagan Teo Chew, Pulau Ketam di sini, dilaporkan masih hilang dalam kebakaran tiga buah rumah di...

Mamak News

0 SINGAPURA: Kesihatan mental di Singapura dilaporkan semakin serius, namun lebih ramai bersedia mendapatkan bantuan, menurut tinjauan Kementerian Kesihatan (MOH). Tinjauan Kesihatan Penduduk Kebangsaan...

Sukan

0 JOHOR BAHRU – Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari menyifatkan keharmonian dalam bilik persalinan merupakan antara faktor penting anak buahnya bermotivasi memberikan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications