Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Hiburan

Neelofa temankan Haris terima ijazah, riuh satu dewan


KUALA LUMPUR – Selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa berkongsi rasa teruja apabila suaminya, Haris Ismail menjadi antara seorang graduan pada Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) ke-38 di di Dewan Utama, Pusat Aktiviti Kebudayaan, UIAM di sini, hari ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Neelofa dalam InstaStory miliknya, pengacara program Next To Neelofa itu berkongsi saat manis ketika menemani dan meraikan kejayaan pendakwah bebas itu menamatkan pengajian di UIAM.

Beberapa hantaran yang dikongsikan, Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 33, terlihat gembira dan bangga apabila bergambar bersama Haris yang segak mengenakan jubah konvokesyen berwarna biru firus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Alhamdulillah,” ucap Haris ringkas dalam salah sebuah video yang dirakam isterinya.

Dalam perkongsian berbeza, Neelofa turut merakamkan saat suaminya naik ke atas pentas untuk menerima skrol sebaik sahaja namanya diumumkan sekali gus menyebabkan seluruh isi dewan riuh dengan tepukan dan sorakan daripada graduan lain.

“Siapa suruh bawa bini (isteri) datang konvo,” tulis Neelofa sambil meninggalkan tanda pagar #suamimudakauada.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan tangkap layar pada skrin di atas pentas, Haris atau nama lengkapnya Muhammad Haris Mohd. Ismail telah menamatkan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan minor Pembelajaran Islam (Islamic Education). – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement