Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Negeri Sembilan raih kemenangan sulung


SEREMBAN – Pasukan hoki wanita Negeri Sembilan memulakan kempen Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024 dengan langkah kanan apabila menewaskan PDRM Blue Warriors 3-2 dalam perlawanan sulung di Stadium Hoki Seremban 2 petang tadi.

Penyandang kejuaraan treble musim lalu itu tampil garang dengan gandingan diketuai Fazillah Sylvester Silin selepas bintang mereka, Nuramirah Shakirah Zulkifli berhijrah menyertai Malaysian University tahun ini.

Tuan rumah terpaksa menunggu sehingga minit ke-30 untuk meraih jaringan menerusi Zaty Alyani Muhamad Zubir sebelum Anith Humaira Baharudin menggandakan kedudukan pada minit ke-50.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Enggan mengalah, PDRM Blue Warriors bangkit merapatkan jurang melalui Wan Nur Syafiqah Syahirah Wan Nordin pada minit ke-56.

Bagaimanapun, Negeri Sembilan terus melebarkan kedudukan 3-1 selepas memperoleh penalti stroke yang disempurnakan oleh Anith Humaira sekali lagi.

PDRM Blue Warriors menggunakan peluang daripada pukulan sudut penalti pada minit akhir perlawanan untuk menjaringkan gol oleh Nur Aisyah Yaacob, tetapi ia sudah terlambat apabila tewas 2-3. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement