Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Nenek 95 Tahun Meninggal Dunia, Seminggu Selepas Ditembak Dengan Pistol Perenjat Elektrik


Nenek 95 Tahun Meninggal Dunia, Seminggu Selepas Ditembak Dengan Pistol Perenjat Elektrik

Seorang wanita warga emas berusia 95 tahun meninggal dunia harini, seminggu selepas ditembak dengan menggunakan pistol perenjat elektrik oleh seorang pegawai polis di Australia.

Menurut laporan AFP, mangsa Clare Nowland berada dalam keadaan yang kritikal di hospital sejak 17 Mei lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes tersebut telah mengejutkan Australia serta banyak agensi berita di seluruh membuat liputan mengenainya.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Clare Nowland yang berusia 95 tahun disahkan meninggal dunia di bandar Cooma,” tulis pihak polis New South Wales dalam satu kenyataan.

Mendiang dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di hospital ketika berada di samping ahli keluarganya. Pada usia lanjutnya, Nowland mempunyai kira-kira 24 cucu dan 31 cicit, kata pihak polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anggota polis yang terlibat digantung dari tugasan dan bakal dihadapkan di mahkamah

Beberapa jam sebelum mendiang meninggal dunia, seorang pegawai polis berusia 33 tahun yang terlibat dalam insiden tersebut akan didakwa atas beberapa pertuduhan.

Difahamkan, pegawai tersebut telah digantung tugas dan bakal dihadapkan ke mahkamah pada 5 Julai akan datang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pesuruhjaya Polis, Karen Webb berkata keluarga Nowland telah dimaklumkan berkenaan tindakan yang diambil pihaknya terhadap pegawai polis tersebut.

Beliau turut berterima kasih pada pasukan penyiasat kerana bertindak pantas menyiasat insiden yang tidak diingini ini.

Sebelum kejadian tersebut berlaku, pihak polis telah diarahkan untuk ke sebuah rumah jagaan warga emas, Yallambee Lodge yang terletak di selatan New South Wales.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dedah rakaman nenek 95 tahun maut ditembak pistol perenjat elektrik

Hal ini selepas seorang staf memaklumkan bahawa seorang wanita bersenjatakan pisau hadir ke premis terbabit.

Pihak polis berkata, pihaknya telah menggesa Nowland untuk meletakkan pisau stik sebelum mendiang bergerak ke arah mereka secara perlahan-lahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika itu, salah seorang pegawai telah mengacukan senjata perenjat elektrik terhadap wanita tersebut sehingga mencetuskan keadaan yang kritikal.

Insiden tersebut turut dibangkitkan dan menjadi perdebatan di sidang parlimen New South Wales. Ahli dewan sepakat mendesak agar rakaman kamera badan anggota polis bertugas ketika kejadian didedahkan.

Sungguhpun begitu, pihak polis tidak merancang untuk mendedahkan rakaman berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Jokowi Tolak Naik Heli, Nak Tinjau Sendiri Jalan Rosak Guna Kereta

Sumber: AFP

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lawan tetap lawan.” Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1...

Sukan

0 PETALING JAYA – Seperti dijangka, ranking skuad Harimau Malaya jatuh dua anak tangga dikedudukan No. 132 dunia selepas berakhir kempen Piala Asia 2023...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Rozita Che Wan atau Che Ta memperuntukkan elaun mekap (solekan) anak kesayangannya, Aaisyah Dhia Rania sebanyak RM250 setiap...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Memasuki tahun ketiga perkahwinan, penyanyi Elizabeth Tan berharap dikurniakan cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan. Kata pemilik nama lengkap Elizabeth Tan...

Advertisement