Sejak akhir-akhir ini, kita boleh lihat retorik golongan anti-vaksin yang berlegar di ruang maya (topik terhangat perbualan grup Makcik Bawang di Whatsapp), ya, seseorang perlu lakukan sesuatu untuk menjelaskan bahawa cucuk vaksin tak lah seteruk yang dicanangkan dan ianya tidak akan menjadikan kita zombi mahupun dikawal oleh pencawang 5G! 🤦🏻♂️😂😂
Yeap, not all heroes wear capes! Mereka cuma terlalu kreatif…. dan terlalu banyak masa terluang ketika lockdown. Hehe!
Seorang pengguna Twitter @AshraffMokhtar baru-baru ini viral kerana ‘meme’ vaksinasi lawak yang merujuk kepada beberapa filem paling ikonik di Malaysia.
Berikut adalah antara ‘meme’ vaksin kegemaran peribadi kami:
Filem klasik P. Ramlee, Madu Tiga. Jamil… Jamil..

Idola rocker berprinsip se-Malaya, brader Jijo Alfonso pun nak berpesan..

Tiada yang benar, melainkan yang benar belaka! Yasin dalam Lagi Lagi Senario

Siapa yang malu? ehh, Siapa yang akan dijangkiti? 💖 Deanna Yusoff

Umi tak pernah ajar anak umi tak bervaksin! Umi Khatijah Tan, the Legend!

Susan Lankester pun teruja ‘meme’ yang diilhamkan dari salah satu filem hebat tahun 80an lakonannya, Mekanik
Seperti kita semua sedia maklum, golongan anti-vaksin suka mencipta sensasi dengan dakyah palsu mereka bagi mempengaruhi orang ramai untuk menolak vaksin. Pelbagai kempen dilakukan kerajaan bagi meningkatkan kesedaran untuk kita mencapai imuniti berkelompok.
BACA: Kenapa Penting Lengkapkan 2 Dos Vaksin? Fahami Penjelasan Pakar Ini..
Dengan posting sebegini, sedikit sebanyak menceriakan suasana dan menyatukan kita semua sebagai rakyat Malaysia untuk terus bersatu padu mengharungi pandemik ini.
Mungkin Khairy Jamaluddin boleh gunakan ‘meme’ ini sebagai salah satu kempen juga?
Ada banyak lagi ‘meme’ vaksin yang kelakar, korang boleh layan bebenang penuh di sini.
