Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Netizen dakwa Cupcake Aisyah ‘sondol’ bekas teman lelaki Leona


PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, nama pelakon baharu, Cupcake Aisyah meledak dalam media sosial apabila didakwa ‘menyondol’ bekas teman lelaki anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona.

Perkara itu bermula apabila Leona memuat naik sebuah video dalam TikTok seakan-akan menggambarkan hatinya retak setelah mendapat tahu kawan baik sendiri bercinta dengan bekas kekasihnya selepas hubungan mereka putus.

Leona juga mendedahkan situasi tersebut menyebabkan dirinya trauma untuk bercinta dan mempercayai kawan baiknya sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Meskipun pempengaruh berumur 22 tahun itu tidak menyebut nama mana-mana individu, rata-rata netizen memetik nama Cupcake Aisyah memandangkan mereka pernah akrab sebelum ini.

Enggan melihat anak terus dicerca netizen, ibu kepada Aisyah, Sue Razip tampil menyelar segelintir pihak yang menghakimi anaknya itu tanpa mengetahui hujung pangkal cerita.

Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut menafikan dakwaan mengatakan anaknya, Aisyah mempunyai hubungan istimewa dengan bekas teman lelaki Leona.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ingatlah bahawa setiap cerita itu mempunyai dua sisi yang berlainan dan kalau anda tidak mahu atau belum mendengar penjelasan daripada dua belah pihak, jangan terlalu cepat menghukum.

“Paling utama adalah, mereka berdua tidak mempunyai hubungan istimewa pun,” ujarnya menerusi Instagram Story.

Dalam hantaran sama, Sue juga meminta orang ramai menghentikan fitnah yang dilemparkan agar tidak terpalit dengan dosa sehingga perlu merangkak mencari mereka sekeluarga di Padang Mahsyar kelak.

“Jangan sampai merangkak di Padang Mahsyar minta maaf,” ujarnya tegas.

Usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan penjelasan daripada kedua pihak baik Leona mahupun Cupcake Aisyah tidak berjaya apabila pihak pengurusan mereka, Xeno masih belum mahu membuat sebarang kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement