Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Netizen geram, kecil-kecil jadi pembuli


PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan kanak-kanak termasuk perempuan membelasah rakan sebaya mereka di sebuah taman permainan mengundang kecaman netizen sejak semalam.

Perkongsian video dimuat naik pengguna Twitter, @pacik_kentang baru-baru ini memaparkan tiga kanak-kanak menumbuk dan menendang mangsa baju berwarna hitam.

“Dahsyat sungguh budak-budak sekarang, seperti kerasukan,” katanya menerusi ruangan kapsyen sekali gus meminta orang ramai berkongsi video berkenaan agar pembuli tersebut segera ditangkap.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Di ruangan komen, rata-rata netizen berasa simpati dengan mangsa dan meluahkan rasa geram terhadap kelakuan kanak-kanak berkenaan.

“Ibu mengandung sembilan bulan dan menjaga anaknya sehingga dewasa. Senang-senang saja disepak, terajang. Memang biadab,” ciap seorang pengguna media sosial, @City01011.

“Allahu, mahu tercabut jantung dibuatnya. Semoga adik-adik saya tidak dibuli seperti ini,” ciap @fifieantasya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Geramnya saya. Kecil-kecil sibuk mahu tunjuk handal. Patut hantar ke juvana dan lihat saja sama ada masih berani atau tidak mahu bertumbuk,” komen pengguna @bm411.

Dalam pada itu, beberapa pengguna mendakwa kes buli tersebut dipercayai berlaku di Singapura berikutan bahasa pertuturan yang digunakan.

“Jika berlaku di Singapura, tidak usah risau kerana televisyen litar tertutup (CCTV) berada di mana-mana,” tulis seorang pengguna, @ohqal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hantaran video berdurasi 52 saat itu telah meraih 957 ulang ciap dan 159,600 jumlah tontonan setakat ini. – KOSMO! ONLINE.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement