Hi, what are you looking for?

Tempatan

Ayuh! Bantu Viralkan! – Netizen Gesa Hantar Bantuan Mangsa Banjir Di Hulu Terengganu


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Penduduk di lebih 20 kampung di daerah Hulu Terengganu terputus hubungan akibat situasi banjir yang makin memburuk.

Kebanyakan mangsa terpaksa berlindung di atas bumbung rumah kediaman masing-masing untuk menyelamatkan diri berikutan air naik terlalu cepat.

Menurut laporan Utusan, paling teruk terjejas ialah kampung-kampung sekitar Tersat, Hulu Telemong dan Jenagur di Telemong di samping mukim Hulu Berang di Ajil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, Mohd. Safari Abu berkata, kira-kira 13 kampung di DUN berkenaan terjejas dan pihaknya masih mendapatkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Banjir kali ini agak luar biasa dan operasi menyelamat masih giat dijalankan.

Dalam pada itu, rata-rata netizen menggesa orang ramai untuk menggunakan kuasa ‘viral’ bagi membantu mangsa yang terkandas.

“Terlalu banyak kampung banjir bantuan pun tak cukup,” tulis seorang pengguna Twitter.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Minta tolong viralkan kut-kut ada yang nak masuk lagi bagi bantuan, tak banyak gambar sebab semua sibuk cari tempat berteduh,” tulis seorang lagi warganet.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SEPANG – Taktik licik sindiket menjadikan gudang-gudang di kawasan perindustrian sebagai pusat memproses dan menyimpan minuman keras sebelum...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KOTA BHARU – Seorang mekanik maut selepas tercampak sejauh 20 meter apabila dirempuh sebuah trak pikap yang melanggar...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. GUA MUSANG – Seramai 20 orang pelanggan yang sedang menjamu selera di sebuah gerai mi celup nyaris maut...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KAPTEN Kuala Lumpur City, Paulo Josue muncul wira selepas menyumbangkan gol tunggal untuk menewaskan Negeri Sembilan 1-0 di...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications