Hi, what are you looking for?

Lifestyle

Netizen Jijik Lihat Gambar Tular Tuala Wanita Terpakai Dibuang Sesuka Hati Di Kondominium Mewah


Kenapa diorang tak buang je dalam tong sampah khas untuk tuala wanita? 🤮

Netizen Jijik Lihat Gambar Tular Tuala Wanita Terpakai Dibuang Sesuka Hati Di Kondominium Mewah. Jika anda tinggal di kondominium mewah, anda menjangkakan penduduknya sangat beradab dalam membuang sampah mereka.

Namun, baru-baru ini sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur menjadi viral apabila imej tuala wanita terpakai dilempar ke atas lantai dipercayai dibuang oleh segelintir penghuni kondominium yang tidak bertanggungjawab.

Netizen Jijik Lihat Gambar Tular Tuala Wanita Terpakai Dibuang Sesuka Hati Di Kondominium Mewah

Isu ini telah berlaku selama setahun tetapi pihak pengurusan masih tidak dapat mencari siapa yang membalingnya

Imej kurang menyenangkan itu dikongsikan di Twitter oleh pengguna @KL_Reporter, yang menyatakan bahawa penduduk kondominium itu kini terpinga-pinga di atas tuala wanita yang dicampak keluar dari tingkap dan mendarat berhampiran lantai jiran.

Menurut pengguna terbabit, isu tersebut telah berlarutan selama setahun dan pengurusan kondominium itu masih tidak dapat mengesan siapa pelakunya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam gambar yang dikongsi oleh @KL_Reporter itu, beberapa tuala wanita terpakai kelihatan di atas lantai, malah ada yang dilihat berhampiran tingkap pangsapuri.

Difahamkan juga, ia bukan sahaja tuala wanita. Beberapa barangan seperti lampin terpakai dan kondom juga dilihat dibuang keluar dari tingkap – menyebabkan jiran berasa jijik.

“Duit memang tak boleh beli adab dan kebersihan,” – netizen

Rata-rata netizen berasa jijik apabila melihat gambar tersebut malah ramai yang menyatakan tingkah laku individu atau kumpulan tersebut sangat tidak bertanggungjawab malah memalukan diri sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdapat juga netizen yang berpendapat mentaliti mereka yang bertanggungjawab membuang tuala wanita, lampin dan kondom terpakai itu tidak sepadan dengan jenis tempat mereka tinggal, iaitu sebuah kondominium mewah.

Jijik betul lah tengok diorang sesuka hati buang tuala wanita terpakai. Ada tong sampah khas untuk buang barang macam tu, gunakan lah kemudahan yang sedia ada – bukan buang sesuka hati dan memudaratkan jiran sekeliling.

Lagi di sini:

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sering Kena Maki Dan Paksa Buat “OT”, Lelaki Nekad Tikam Bos Hingga Mati Seorang pengawal keselamatan didakwa menikam bosnya hingga mati kerana memaksanya...

Mamak News

0 JAKARTA: Perhimpunan Advat Indonesia (Peradi) bekerjasama dengan Majlis Peguam Malaysia dalam usaha memajukan peranan masing-masing di persada antarabangsa. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi...

Lifestyle

0 Menang kambing dari pertandingan Lato-Lato. Juara Main Lato-Lato 2 Jam Tanpa Henti, Kanak-Kanak Dari Indonesia Ini Dihadiahkan Kambing. Amat tular di Indonesia, Lato-Lato...

Mamak News

0 KANGAR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang cedera pada bahagian kepala selepas diserang seorang lelaki dipercayai bermasalah mental di Masjid Alwi,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications