Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Misteri

NEW WORLD MALL: Kompleks membeli-belah yang terbiar, dihuni ribuan makhluk lain!


Pada sekitar tahun 1980an, sebuah syarikat pemaju telah mendirikan syurga membeli-belah setinggi 7 buah tingkat yang dinamakan “New World Mall“. Oleh kerana ianya dibina di kawasan yang mempunyai peraturan kawalan pembangunan yang ketat, pusat membeli-belah itu sebenarnya telah didirikan 7 tingkat lebih tinggi daripada pelan asal!

Untuk kekal dalam pematuhan, tingkat lima sehingga ke tingkat sebelas kompleks itu akhirnya dirobohkan lalu pembinaan dihentikan; dan “New World Mall” terus terbiar tidak berbumbung.

| Kampungmamakcom

Walaupun tidak mempunyai bumbung, ianya secara rasmi ditutup pada tahun 1997 dan terbakar pada tahun 1999; dan yang paling menyedihkan, terdapat seorang mangsa meninggal dunia pada tahun 2004 akibat terhempap sisa runtuhan.

| Kampungmamakcom

Hujan yang turun mencurah-curah saban di pusat membeli-belah yang tidak berbumbung ini telah mewujudkan kolam yang bertakung di ruangan bawah tanah. Mengenal pasti kewujudan air bertakung ini telah menjadikan tempat nyamuk untuk membiak, penduduk tempatan telah melepaskan beberapa ekor ikan kap, ikan koi dan ikan-ikan eksotik lain ke dalam “kolam” ini bertujuan untuk memakan nyamuk. Ianya berhasil!

| Kampungmamakcom

Tanpa pemangsa, ikan mula membiak pada kadar yang membimbangkan. Pada mulanya ianya hanyalah sebagai kaedah pengawalan pembiakan nyamuk, terus ianya bertukar menjadi sebuah pusat membeli-belah terbengkalai yang mempunyai ribuan ikan eksotik di bawah tanah. Gila bukan?

| Kampungmamakcom
Kredit foto <a href=httpswwwdaxwardcomThailand target= blank rel=noreferrer noopener nofollow ugc>Dax Ward<a>

Berikut merupakan bingkisan video yang dirakam oleh sekumpulan pelancong yang telah berkunjung ke pusat membeli-belah terbiar tersebut. Menurut mereka video ini dirakam hanya beberapa hari sebelum keputusan Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) untuk menutup kawasan ini sepenuhnya bagi siasatan lanjut. Kata pelancong itu lagi, ini mungkin adalah antara rakaman video yang terakhir dapat dirakam di tempat pelik yang hebat ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sekarang nak beli apa-apa barang, semua dekat hujung jari je. Dari sekecil-kecil barang sampailah ke sebesar-besar kabinet, semua boleh beli on. Sejak ada...

Sukan

0 KUALA LUMPUR – Status sebenar Kelantan FC sama ada dibenarkan beraksi di Liga Super musim depan atau pun sebaliknya masih lagi menjadi tanda...

Mamak News

3s BEIJING: Sebuah rakaman menunjukkan orang ramai memakai pelitup muka berpusu-pusu di dalam sebuah hospital China muncul di tengah-tengah kebimbangan mengenai wabak pneumonia misteri...

Mamak News

0 BANGKOK: Dua lelaki warga asing berdepan kecaman warga net di Thailand selepas video mereka menghisap ganja di atas motosikal ketika melalui kawasan kejiranan...

Advertisement