Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Ng Tze Yong fokus kekuatan fizikal


KEKUATAN dan pembentukan fizikal menjadi dua elemen penting bagi pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong bagi memastikan jaguh negara itu mampu menempuh musim 2024 yang lebih mencabar.

Ketua jurulatih perseora­ngan lelaki negara, Hendrawan berkata, ketika ini Tze Yong sedang mendapat sentuhan Mohd. Rosdi Abd. Ghani yang juga merupakan jurulatih fizikal, Datuk Lee Chong Wei untuk memastikan peningkatan fizikal dan kekuatan.

Tegas Hendrawan, Tze Yong memerlukan bantuan tersebut kerana mengakui anak didiknya itu tidak memiliki ‘kekuatan’ serupa seperti Lee Zii Jia mahupun Chong Wei.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya melihat Datuk Lee Chong Wei dan Zii Jia dari segi kekuatan tak beza terlalu jauh. Mereka berdua ada kapasiti kekuatan tersebut. Tetapi, bagi Tze Yong berlainan sedikit dan bukan tipikal pemain seperti itu.

“Buat masa ini, kita fokus Tze Yong untuk menjalani latihan ke arah itu dan dalam tempoh satu bulan ini kita fokus ke arah membina kekuatan dan meningkat tahap kecergasannya.

“Jadi, menjelang kejohanan pertama tahun ini kita akan lihat bagaimana (prestasi) kerana Tze Yong telah jalani latihan agak lama. Beliau (Rosdi) sendiri sudah mengkaji keadaan Tze Yong,” katanya ketika di temui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Tze Yong turut mengakui selepas melalui fasa latihan yang cukup panjang dia dapat rasai sesuatu yang berbeza terutama kemampuannya.

“Saya telah bagi yang terbaik sepanjang latihan satu bulan ini. Saya juga dapat rasa tahap kecergasan juga semakin baik.

“Menjelang Terbuka Malaysia nanti saya mahu lakukan terbaik dan fokus setiap perlawanan,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tze Yong dijadual membuka tirai saingan Terbuka Malaysia menentang pemain berusia 24 tahun Jepun, Koki Watanabe di pusingan pertama.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement