Ngeri, Kaki Pemain Ragbi Namibia Terpusing Tersilap “Tackle” Ketika Lawan New Zealand
Pemain tengah pasukan ragbi Namibia, Le Roux Malan mengalami kecederaan serius semasa pertembungan Piala Dunia Ragbi negaranya dengan New Zealand pada Jumaat, lapor Daily Star.
Malan, 24 dikatakan tergelincir ketika cuba menghalang Beauden Barrett dari All Blacks di atas padang.
Namun terjahan yang dilakukan itu tidak menjadi dan telah menyebabkan kakinya terpusing ke arah berlainan.
Kredit TikTok/@tyranveske
Susulan kejadian itu, Malan telah melambai ke arah bangku simpanan untuk menarik perhatian pasukan perubatan di luar padang.
Menerusi perkongsian video pengguna di TikTok yang bernama @tyranvenske, Malan dapat dilihat memegang kakinya ketika pemain lain masih meneruskan permainan.
Ketika pengadil dan pemain yang lain menyedari mengenai kecederaan itu, permainan terus dihentikan supaya dia diberikan rawatan segera.
Pasukan perubatan dengan pantas telah memasuki padang untuk memberikan bantuan perubatan kecemasan kepada Malan.
Pemain lain yang berada berdekatan kawasan kejadian hanya mampu melihat insiden ngeri itu sambil mengangkat tangan di belakang kepala seakan tak sanggup melihat.
Kredit X
Kejadian itu dengan pantas telah mendapat perhatian dan menjadi bualan hangat di media sosial.
Seorang peminat menulis di laman X yang dulunya dikenali sebagai Twitter: “Ya tuhan, kecederaan itu sangat mengejutkan. Pergelangan kaki kelihatan seperti terpusing ke arah yang salah.”
“Kecederaan yang mengerikan untuk Le Roux Malan. Semoga cepat sembuh!” tulis seorang lagi peminat.
“Ya ampun, saya tidak pernah melihat reaksi kecederaan seperti itu,” tulis seorang lagi peminat yang terkejut dengan kecederaan itu.
Pemain dari kedua-dua pasukan kelihatan terkejut dan ada yang meletakkan tangan di atas kepala sebelum Malan diberikan rawatan selama tujuh minit di atas padang.
BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas
Malan kemudiannya diusung keluar padang sambil diiringi tepukan penuh emosi dari peminat yang berada di lokasi perlawanan.
Ketika kecederaan Malan, New Zealand telah mendahului dengan keputusan 12-3 dan meneruskan penguasaan mereka 38-3 pada separuh masa pertama.
Pasukan All Black itu akhirnya menamatkan perlawanan dengan kemenangan bergaya 71-3 ke atas pasukan Namibia.
Namibia vs New Zealand #worldcup2023
Sumber: Daily Star
Artikel asal oleh: Siakap Keli
RM13.01
