Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Ni Rupanya Punca ‘Spin’ Mesin Basuh Perlahan, Betulkan Sendiri Pun Boleh


spin mesin basuh perlahan

Ni Rupanya Punca ‘Spin’ Mesin Basuh Perlahan, Betulkan Sendiri Pun Boleh

Setiap perkara yang ada di atas muka bumi ini ada tarikh luputnya, termasuk manusia yang mempunyai jangka hayat masing-masing.

Sekiranya anda menggunakan barang tersebut secara konsisten, ia akan mula menunjukkan tanda-tanda usang dan perkara itu membuatkan kita mahu membeli yang baharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, sekiranya kerosakan itu masih lagi boleh dibaiki tidak semestinya perlu beli baharu, seperti mesin basuh. Apabila fungsi yang sedia ada tidak berfungsi dengan baik, maka kita perlu mencari penyebabnya.

Menerusi satu video yang dipaparkan oleh seorang pakar membaik pulih mesin basuh dan peti sejuk, Hairul Vcool, dia berkongsi cara untuk mencari punca pengering mesin basuh tidak berputar dengan baik.

Dalam video tersebut, boleh dilihat pengering tersebut tidak berputar pada tahap maksimum dan ia bergerak perlahan menyebabkan pakaian basah tidak dibilas dengan bersih.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya, pengering itu terjadi disebabkan oleh gelung getah yang berada di bahagian bawah mesin basuh menjadi kendur.

“Dari pengalaman saya, pusingan yang perlahan disebabkan ‘belting’ yang kendur,” katanya dalam video berdurasi dua minit 50 saat itu. 

Menurutnya, perkara ini biasa akan terjadi pada mesin basuh yang sudah beroperasi selama dua hingga tiga tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ikuti cara di bawah ini untuk selesai masalah itu.

BACA: Mesin Basuh “Front Load” Selalu Bergegar? Lelaki Ini Jelaskan Sebabnya

Cara-cara betulkan pengering yang perlahan:

Advertisement. Scroll to continue reading.

Yang pertama sekali, mesin basuh tersebut perlu diletakkan pada posisi mengiring.

Kredit: Hairul Vcool/Facebook

Kemudian, longgarkan skru yang berada di bahagian kiri dan kanan belting.

Kredit: Hairul Vcool/Facebook

Setelah itu, laraskan semula getah itu dengan mengetatkan skru di bahagian tepi belting.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jangan terlalu ketatkan getah tersebut untuk ketika melaraskannya.

Selepas itu, periksa kembali pada bahagian pengering.

Sekiranya putarannya semakin laju maka masalah yang dihadapi telah selesai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, jika gelang getah telah diketatkan dan pengering masih lagi berputar dengan perlahan, anda perlu menghubungi juruteknik kerana terdapat kemungkinan mesin basuh tersebut mempunyai masalah yang lain.

Selamat mencuba!

Sumber: Hairul Vcool/Facebook

Advertisement. Scroll to continue reading.

The post Ni Rupanya Punca ‘Spin’ Mesin Basuh Perlahan, Betulkan Sendiri Pun Boleh appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah kilang pembuatan Jepun mendapat perhatian warga net baru-baru ini kerana mengeluarkan produk tukul berbentuk seperti pisang sebenar. Kilang besi Ikeda yang...

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Lifestyle

0 Usaha Bersama BNM-PDRM Tangani Perniagaan Wang Haram di Sarawak BNM Dan PDRM Serbu Lapan Premis Perniagaan Perkhidmatan Wang Tanpa Lesen Di Sarawak. Bank...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications