Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Noh Salleh tayang baju nikah dengan bakal isteri


PETALING JAYA – Bakal melangsungkan pernikahan pada 23 September ini, penyanyi Noh Salleh dilihat teruja menanti detik disatukan dengan wanita pilihannya, Fatin Athirah Mustapa apabila memuat naik baju pengantin.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Mohammad Noh Salleh itu tidak menyertakan sebarang perincian mengenai busana pengantin rona putih, namun perkongsiannya seperti menunjukkan perasaan melangkah semula ke gerbang perkahwinan.

Vokalis kumpulan Hujan itu tampak terbuka berkongsi persalinan istimewa yang tertera namanya dan Athira Mustapa pada penyangkut kedua-dua busana tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebih menarik, jelas tertulis tarikh 23 September pada penyangkut baju itu sebagai bukti tarikh hari bahagia mereka seperti didedahkan media sebelum ini.

Menurut sumber, busana perkahwinan Noh dan Athirah yang juga peguam itu merupakan rekaan daripada butik berjenama Fidae.

Susulan itu, perkongsian terbabit meraih respons netizen yang rata-rata mengucapkan tahniah selain mendoakan pasangan tersebut berbahagia sehingga ke akhirnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tahniah Noh dan Athira, moga menjadi pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain,” komen seorang netizen.

“Wah, turut tumpang bahagia untuk Noh, tiada apa yang saya mampu doa selain sebagai peminat selain mendoakan yang terbaik untuk awak berdua,” demikian komen seorang peminat.

Noh melangsungkan pertunangan dengan wanita berusia 30 tahun itu pada 7 Mei lalu.

Sebelum ini, penyanyi merangkap komposer itu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Mizz Nina atau Shazrina Azman, 40, pada 2 Julai 2011, namun bercerai awal Ogos tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pasangan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata tetapi memiliki seorang anak angkat, Musa yang diperkenalkan kepada umum sekitar April tahun lalu. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JASIN – Sebanyak 9,000 kampit beras putih pek 10 kilogram (kg) akan dijual pada harga RM26 di program khas jualan terbuka di semua...

Mamak News

0 MANILA: Dewan Rakyat Filipina meluluskan belanjawan 2024 bernilai 5.768 trilion peso (AS$101.3 bilion atau RM476.9 bilion) termasuk peningkatan pembiayaan keselamatan di Laut China...

Sukan

0 PETALING JAYA – Gimnas negara, Sharul Aimy Kamaru Hisam mencipta kejutan apabila membawa pulang pingat gimnastik artistik Sukan Asia Hangzhou menerusi disiplin melombol...

Hiburan

0 Aktres berusia 51 tahun itu berkata, dia pelik dengan sikap individu yang suka memperlekehkan orang lain hanya disebabkan perkara remeh terutama jenis kenderaan dipakai....

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications