Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Nora Ariffin mahu mufti sokong dakwah Alif Satar


PETALING JAYA – Penyanyi Datuk Nora Ariffin menyeru pihak muffi dan golongan pendakwah memberi sokongan terhadap misi #GengSubuhMacamJumaat hasil cetusan idea pelakon, Alif Satar.

Perkara itu disuarakan pemilik nama lengkap Wan Norafizah Wan Ariffin, 50, selepas melihat sambutan hebat yang diberikan terhadap perjuangan Alif yang mahu masjid dan surau dihadiri ramai jemaah pada waktu solat subuh.

“Saya cadangkan mufti dan golongan pendakwah memberi sokongan padu terhadap insiatif Alif kerana mengajak orang ramai ke masjid.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bukan mudah hendak suruh golongan muda untuk berjemaah di masjid pada waktu subuh,” katanya dalam Instagram.

Selain mufti dan pendakwah, pelantun lagu Hanyalah Satu itu turut berharap agensi berkaitan agama untuk terus membantu serta memberi sokongan terhadap usaha dakwah terbabit.

“Saya menyeru pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan agensi agama yang lain terus memberi sokongan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Cadangan ikhlas daripada saya. Alif, teruskan usaha, ini adalah dakwah,” ujarnya.

Semalam, Jakim menzahirkan sokongan terhadap usaha Alif yang menggerakkan #GengSubuhMacamJumaat dengan mengimarahkan inisitiaf tersebut di tiga masjid utama di bawah pentadbirannya iaitu Masjid Putra, Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin dan Masjid Negara bermula minggu depan.

Sejak Disember lalu, inisiatif Alif untuk menyemarakkan masjid pada waktu subuh meraih sambutan hebat daripada orang ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Usaha tersebut dibuktikan apabila beberapa masjid sekitar ibu negara dibanjiri orang ramai bagi menunaikan solat Subuh secara berjemaah. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement