Hi, what are you looking for?

Mamak News

Normah Damanhuri menangis Kak KM hadiah kereta bayar tunai


PETALING JAYA – Pelakon veteran Normah Damanhuri menangis gembira apabila anaknya, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM menghadiahkannya sebuah kereta yang dibayar secara tunai.

Melalui sebuah video yang dimuat naik di TikTok Kak KM berkata, pemberian tersebut adalah sebagai tanda sayangnya kepada ibunya itu.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan kenderaan jenis apakah yang diberikan kepada pelakon berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ini ikhlas untuk mak, saya dekat mak. Janganlah menangis,” kata Kak KM.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna memuji sifat pemurah Kak KM yang dikatakan tidak kedekut dengan ibunya.

“Walaupun dia macam itu, satu je saya hormat dengan Kak KM dia sangat berbakti dengan emaknya. Sebab itu rezeki dia murah, soal lain itu antara dia dengan tuhan,” kata Ammar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Semoga murah rezeki Kak KM untungnya ada anak macam ini. Nanti dah besar teringin nak buat macam ini juga, tapi saya dah tiada emak,” kata Tasya.

“Bagus cara Kak KM layan keluargnya, semoga sentiasa murah rezeki,” kata Dayang.

“Seronoknya kalau saya pun mampu bagi dekat ibu saya macam-macam, tumpang bahagia tengok Kak KM sentiasa layan maknya,” kata Wana.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehingga kini, video berkenaan telah mendapat lebih 11,000 tanda suka dan lebih 100 komen. – KOSMO! ONLINE.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement