Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Notis bankrap, Che Ta serah peguam untuk tindakan lanjut


KUALA LUMPUR – Pelakon juga usahawan popular, Rozita Che Wan atau Che Ta menyerahkan urusan notis kebankrapan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.

Notis bankrap yang dikeluarkan atas namanya telah disiarkan di ruangan iklan akhbar Utusan Malaysia pada 23 Januari lalu berhubung kegagalannya menyelesaikan hutang cukai terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

‘Saya perlu merujuk perkara ini (notis kebankrapan) kepada peguam dan ejen cukai yang dilantik kerana saya memang tidak tahu-menahu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sejujurnya saya agak terkejut kerana selalunya notis seperti ini pihak saya akan dapat terlebih dahulu,” ujar Che Ta.

Tambah Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar, 51, sebagai pembayar cukai dia tidak pernah lari daripada menjalankan tanggungjawabnya apabila membayar cukai peribadi hampir RM50,000 setiap bulan.

“Saya memang membuat pembayaran cukai menerusi ejen cukai yang dilantik setiap bulan. Cukai syarikat pun saya bayar tetapi secara berasinganlah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dahulu (2014) memang pernah ada masalah dengan cukai apabila saya di tahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ke London, England. Tetapi selepas itu saya memang membayar cukai,” kata Che Ta ketika ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan kecantikan kulit terbaharu syarikatnya.

Dalam pada itu, Che Ta berasa agak terkilan apabila isu berhubung notis kebankrapan ini timbul seiring dengan hari istimewa yang dinanti-nantikan iaitu pelancaran produknya Glow Edition yang mengandungi serum Cekang Jelita bawah jenama byRCW.

“Hari ini lancar produk tetapi yang viral cerita lain pula,” ujar Che Ta. 

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement