Hi, what are you looking for?

Mamak News

NS harap dapat luluskan undang-undang tanah adat


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan berharap Rang Undang-Undang (RUU) Pemegangan Tanah Adat 2022 dapat dibentang dan diluluskan dalam Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bulan depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pelaksanaan RUU itu penting bagi menjayakan komitmen kerajaan negeri mengukuh dan membangunkan tanah adat di negeri ini.

Undang-undang itu, katanya, memberi panduan kepada semua pihak mengenai kaedah memajukan tanah adat di negeri ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ia dilakukan bukan untuk kepentingan kerajaan tetapi Adat Perpatih yang menjadi amalan di Negeri Sembilan,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Datuk Seri Hasan Malek.

Aminuddin menjelaskan, antara elemen penting enakmen berkenaan akan membolehkan generasi akan datang mengetahui asal usul adat mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pejabat tanah akan meletakkan status tanah dimiliki oleh suku apa bagi membolehkan semua waris suku tersebut tahu latar belakang pewarisan tanah,” ujarnya.

Menurutnya, kerajaan negeri amat menjunjung tinggi peradaban Adat Perpatih yang menjadi tiang seri kepada kedaulatan negeri ini.

Beliau berkata, pengamatan dan penghayatan yang mendalam terhadap adat itu boleh dijadikan pedoman hidup dalam semua aspek kehidupan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, kata beliau, penghayatan perjuangan tokoh anti penjajahan perlu juga meliputi kejayaan mereka menolak tawaran ganjaran kemewahan hidup bagi menghentikan tindakan penentangan terhadap penjajah.

Jelasnya, ramai pejuang anti penjajah yang terus kekal dengan perjuangan mereka meskipun ditawarkan kemewahan hidup dan kemudahan tertentu.- KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak menahan tiga bot nelayan Indonesia bersama 34 nelayan dari negara...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Fasa Peralihan Monsun Dijangka Bermula 3 Oktober Ini – MetMalaysia Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) hari ini memaklumkan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KAHERAH: Mengimbas kenangan 11 tahun lalu, ratusan ribu rakyat Mesir berhimpun di Dataran Tahrir untuk menunaikan Solat Jumaat....

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Syarikat pengendali Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) telah memuat naik bebenang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications