Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Hiburan

Ogy, Tya Arifin angkat kisah mentua perangai ‘hantu’


VIDEO dimuat naik pelakon dan usahawan terkenal Tya Arifin yang memaparkan dirinya ditampar dan dipukul pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud atau Ogy mengundang pelbagai komen netizen.

Lakonan hebat Ogy sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi, begitu juga dengan Tya apabila berjaya memperlihatkan sisi berbeza dirinya dalam berkarya.

Video yang dimuat naik sejak 4 April itu sudah mencecah 17.3 juta tontonan dalam Instagram Tya yang memaparkan antara babak yang terdapat dalam drama pendek, Saksi Malam Syawal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tya berkata, satu penghargaan buat dirinya apabila dapat bergandingan dengan pelakon berkaliber seperti Ogy.

“Drama pendek Saksi Malam Syawal ini adalah karya terbaharu daripada Mutyara bersempena sambutan Syawal tahun ini. Apa yang lebih membanggakan saya dan pasukan apabila Kak Ogy sudi menerima tawaran untuk berlakon.  Satu penghargaan dan pengalaman yang cukup bermakna buat kami.

| Kampungmamakcom
ANTARA babak menyentuh hati dalam drama pendek Saksi Malam Syawal yang dijayakan pelakon berpengalaman Ogy dan bintang Indonesia Tya Arifin

“Dalam Saksi Malam Syawal ini kita nak memperlihatkan realiti hubungan menantu dan mentua dalam menyambut raya. Dipaparkan bagaimana mentua itu berperangai ‘hantu’ dengan memberi layanan yang teruk kepada menantunya.

“Disebabkan itu, ada banyak babak yang memaparkan ‘kekejaman’ mentua terhadap menantunya. Memang sedih dan meruntun jiwa. Selebihnya, anda kena saksikan drama ini di saluran Youtube The Tya’s Family,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Ogy berkata, semua aksi yang dipaparkan adalah lakonan semata-mata dengan menggunakan teknik betul.

“Aksi tampar dan pukul itu hanya lakonan. Ia adalah teknik lakonan. Bunyi tamparan pula adalah kesan bunyi. Saya masih waras dan tidak akan tampar betul,” katanya.

Menariknya juga, drama pendek tersebut menggabungkan lakonan hebat bintang dua negara.

Tya yang melakonkan watak menantu menggunakan bahasa Indonesia, sementara Ogy sebagai mentua berbahasa Melayu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya nak berterima kasih kepada Kak Ogy kerana banyak membantu saya dan pasukan sepanjang penggambaran dibuat. Kak Ogy bukan saja berlakon, tapi juga menjadi guru di lokasi.

“Bagi saya, situasi sebegini sangat jarang berlaku dalam mana-mana produksi. Sebab itu, untuk karya kali ini saya anggap ia sangat bermakna, memberikan banyak pengalaman serta ilmu,” katanya.

Tonton sampai akhir drama pendek ini kerana ada tawaran istimewa untuk anda berpeluang menang duit raya daripada Tya Arifin.

Layari YouTube Tya Arifin untuk sertai peraduan ‘giveaway’ duit raya https://youtu.be/2uup5dcA_Kg.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement