Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Oh, Tak Sangka Rupanya Macam Ini Pandangan Orang Buta Warna


Oh, Tak Sangka Rupanya Macam Ini Pandangan Orang Buta Warna

Apa yang dimaksudkan dengan buta warna? Jika anda merupakan seorang yang mengalami buta warna, ini bermakna cara mata anda ‘menerima’ sesuatu warna adalah berbeza dengan kebanyakan orang.

Kebanyakan masa, masalah penglihatan ini menyebabkan kita sukar untuk menentukan perbezaan bagi beberapa warna. Lazimnya, buta warna disebabkan oleh faktor genetik dan diwarisi daripada ahli keluarga yang menghidapinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setakat ini, tiada rawatan khusus untuk merawat masalah penglihatan ini secara keseluruhan.

Sungguhpun begitu, alat bantuan penglihatan seperti cermin mata khas dan kanta lekap dapat membantu insan-insan ini untuk membezakan warna-warna dalam penglihatannya.

Bukan itu sahaja, kebanyakan individu buta warna dapat mengadaptasi diri mereka untuk mengenali warna-warna ini dan menjalankan kehidupan seharian tanpa sebarang masalah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa yang dilihat oleh penghidap buta warna?

Terdapat beberapa jenis buta warna dan antara yang lazim adalah golongan yang tidak dapat membezakan antara merah dan hijau.

Ada segelintir penghidap pula tidak mampu membezakan antara warna biru dan kuning. Manakala, ada juga yang tidak mampu melihat warna selain hitam dan putih sahaja tetapi jenis ini jarang dijumpai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk memudahkan pemahaman, kita boleh menonton video simulasi buta warna TikTok menerusi akaun (@powerlenses).

@powerlenses

Ini dia simulasi pandangan orang buta warna#metoosmile #fypシ゚viral #KelayaBubblePop #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #fy #mata #color

♬ suara asli – Random – Random

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apakah simptom-simptom bagi buta warna?

Antara simpom utama bagi masalah penglihatan ini adalah, tidak dapat melihat warna-warna seperti manusia yang lain. Jika anda mengalami buta warna, anda mungkin mengalami kesukaran untuk melihat senario-senario seperti di bawah:

Perbezaan antara beberapa warna primer dan sekunder (merah, kuning, biru dan hijau)
Kecerahan sesuatu warna
Menyatakan perbezaan antara warna-warna yang terdapat dalam satu warna utama yang sama (merah jingga, merah hati, merah jambu)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Simptom buta warna biasa tidak ketara dan berkemungkinan tuan badan tidak menyedarinya langsung.

Hal ini disebabkan, kita sudah terbiasa melihat warna dan kebanyakan individu buta warna tidak tahu bahawa mereka mengalami masalah penglihatan tersebut.

Beberapa kes serius mungkin menampilkan beberapa simptom lain seperti pergerakan anak mata yang sukar dikawal (nystagmus) atau sensitif dengan cahaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Adakah saya berisiko untuk menghidapai masalah penglihatan ini?

Secara keseluruhan, buta warna hijau-merah cenderung dialami oleh lelaki berbanding wanita. Manakala kesan buta warna biru-kuning dan buta semua warna kepada lelaki dan wanita adalah sama.

Anda juga cenderung untuk menghidapi masalah penglihatan ini jika anda mengalami beberapa keadaan seperti di bawah:

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memiliki ahli keluarga yang menghidapi buta warna.
Memiliki beberapa masalah kesihatan seperti glaukoma atau degenerasi makula berkaitan dengan usia AMD).
Memiliki beberapa masalah kesihatan seperti kencing manis, Alzheimer dan skrerosis berganda (MS(.
Mengambil beberapa ubat-ubatan tertentu
Berkulit putih

Jika anda mengesyaki bahawa sama ahli keluarga, rakan dan diri anda sendiri menghidapi masalah ini, sila bertemu dengan pakar perubatan untuk pemeriksaan lanjut.

BACA: Dah Macam Layang-layang, Viral Sofa Rumah Terbang Dibawa Angin Ribut Kuat Sangat

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: National Eyes Institute US, powerlenses via TikTok

 

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Mengelak terjebak skandal atau cinta lasi, pelakon Ezzanie Jasny mengambil pendekatan tidak menyimpan nombor telefon hero gandingannya dan mengehadkan komunikasi...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Madu kepada pempengaruh media sosial Marissa Dania Hakim iaitu Misya Mazlan tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata ketiga dengan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lawan tetap lawan.” Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Kepada adik-adik yang tengah sekolah, jangan main-main, rugi. Nanti bila umur 40 tahun akan pandang balik.” Demikian pesanan penyanyi Hazama...

Advertisement