Hi, what are you looking for?

Mamak News

OKU lembam ditemui lemas dalam kolam


JOHOR BAHRU – Seorang orang kurang upaya (OKU) lembam ditemui lemas di sebuah kolam yang hanya berjarak kira-kira 100 meter dari kediaman mangsa di Kampung Batu 18, Sengkang, Bukit Gambir, Tangkak awal pagi semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir, Penolong Penguasa Bomba, Rafiah Aziz berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 8.42 malam, kelmarin sebelum sembilan anggota beserta dua buah jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, dimaklumkan terdapat seorang lelaki OKU berusia 17 tahun dipercayai hilang sekitar pukul 4 petang dan gagal ditemukan ahli keluarganya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Operasi pencarian mangsa di sekitar kawasan rumah mangsa dan kawasan berhampiran dibahagikan kepada tiga sektor pada jarak 2 kilometer daripada lokasi terakhir mangsa dipercayai hilang namun tidak ditemukan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rafiah berkata, pihaknya kemudian menerima panggilan daripada keluarga mangsa pada pukul 6.47 pagi semalam memaklumkan mangsa telah dijumpai terapung di kolam berhampiran kediaman mereka.

“Anggota kemudian bergegas ke lokasi dan melakukan operasi mengeluarkan mangsa dari kolam menggunakan peralatan khas. Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement